Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengguna lapangan terbang Hong Kong capai 2.1j pada Jan dek sekatan dilonggar

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



HONG KONG: Jumlah orang yang melalui lapangan terbang Hong Kong melonjak pada Januari apabila sekatan perjalanan dilonggar dan China membuka semula sempadan buat kali pertama sejak wabak itu bermula.



Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong melaporkan 2.1 juta penumpang pada Januari, pertumbuhan hampir 2,900 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu.



Trafik ke dan dari Asia Tenggara dan Jepun mencatatkan peningkatan paling ketara, menurut kenyataan akhbar daripada pihak berkuasa lapangan terbang.



Tindakan China untuk membuka semula sempadan dengan Hong Kong, ditambah dengan permintaan yang yang sebelum ini ditangguhkan untuk melakukan perjalanan bagi cuti Tahun Baharu Cina, juga mencetuskan lonjakan penumpang.



Bandar ini tidak dilihat untuk memulihkan statusnya sebagai hab kewangan global dan pintu masuk ke China - sumber pelancongan terbesar dan rakan perdagangan terbesarnya - memandangkan ekonominya mengalami tamparan hebat akibat penutupan yang berpanjangan.



Hong Kong dengan pantas menghapuskan sekatan wabak sejak China menamatkan dasar sifar-Covidnya.



Bandar ini telah kembali normal, kecuali pemakaian pelitup yang masih diwajibkan.



Namun, beberapa peraturan kekal yang mengekang aliran pelawat, termasuk kuota harian ke atas bilangan orang yang masuk ke Hong Kong dari tanah besar.



Dalam usaha menarik pelancong, pegawai pada bulan ini melancarkan kempen pelancongan yang merangkumi pengagihan lebih 500,000 tiket penerbangan percuma tahun ini.



Pihak Berkuasa Lapangan Terbang bandar itu membeli tiket itu pada 2020 sebagai sebahagian daripada pakej menyelamat HK$2 bilion ($340 juta) untuk industri penerbangan.



Hong Kong adalah lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di Asia sebelum pandemik Covid-19.



Data Januari mewakili hanya satu pertiga daripada trafik yang dialami lapangan terbang dalam tempoh yang sama empat tahun lalu.



Kerajaan mahu memulihkan jenama global bandar itu selepas tiga tahun pengasingan diri semasa pandemik, protes dan pengenaan undang-undang keselamatan yang ketat pada 2019 dan 2020.



Keluaran dalam negara kasar menyusut 3.5 peratus tahun lepas, penguncupan ketiga dalam empat tahun. Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >