Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alat ujian antibodi tanpa kelulusan menimbulkan kebimbangan di AS

Apr 20, 2020 | 1:49 PM
HASIL UJIAN ANTIBODI: Saintis makmal Mirimus, Inc. sedang membuat pengesahan pantas ke atas ujian antibodi IgM/IgG bagi contoh Covid-19 dari pesakit yang telah pulih pada 10 April lalu di Brooklyn, New York City.
HASIL UJIAN ANTIBODI: Saintis makmal Mirimus, Inc. sedang membuat pengesahan pantas ke atas ujian antibodi IgM/IgG bagi contoh Covid-19 dari pesakit yang telah pulih pada 10 April lalu di Brooklyn, New York City. - AFP

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat, telah membenarkan sekitar 90 syarikat, kebanyakannya berpangkalan di China, untuk menjual alat ujian antibodi tanpa mendapatkan penilaian pemerintah terlebih dahulu.

Ujian antibodi, atau serologikal, direka khas bagi mengenalpasti orang yang mungkin telah atasi Covid-19, termasuk mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala, dan membangun respons pelali.

Media Amerika Syarikat, termasuk yang dipetik The Straits Times, melaporkan banyak alat ujian ini yang dipasarkan boleh menimbulkan kebingungan doktor, hospital, majikan dan pengguna yang menginginkan produk-produk sedemikian.

Ada antara mereka yang menyalahgunakan hasil ujian antibody untuk menentukan penyakit, tanpa menyedari mereka boleh terlepas mengesan tahap awal jangkitan.

"Orang tidak memahami bahaya ujian ini," kata pakar penyakit berjangkit Universiti Minnesota, Encik Michael Osterholm, yang ditukil dalam laporan The Straits Times itu.

"Kita mengorbankan mutu demi masa, dan akhirnya, apabila nyawa dalam bahaya, keselamatan harus menjadi keutamaan," ujarnya.

Sedang agensi pemerintah, syarikat dan penyelidik akademik cuba untuk mengesahkan ujian sedia ada, dan menghasilkan yang lebih baru, ada kesangsian mereka dapat mencapai apa yang telah dijanjikan.

Kebanyakan ujian yang ada sekarang telah tersalah dalam menyatakan ada segelintir orang punya antibodi walhal tidak, dan ini boleh, secara bahaya menimbulkan kepercayaan yang orang ada pelali.

Sedang Presiden Donald Trump berusaha untuk kembali membuka ekonomi negaranya, dan beberapa negeri menimbangkan untuk menarik balik perintah berkurung, pemeriksaan kesihatan besar-besaran masih lagi diperlukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg