Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wartawan terkemuka Filipina didapati salah atas fitnah siber

Jun 15, 2020 | 01:45 PM



MANILA: Sebuah mahkamah hari ini mendapati seorang wartawan paling terkemuka di Filipina bersalah atas fitnah siber.



Maria Ressa, editor Rappler, salah satu laman berita terkenal di negara ini, dan bekas penyelidik dan penulisnya, Reynaldo Santos Jr, telah disabitkan dengan kesalahan bagi sebuah laporan yang diterbitkan pada tahun 2012.



Pengkritik menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "hari gelap" untuk kewartawanan di tengah-tengah serangan terhadap kebebasan media di bawah pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte.



Kedua-dua pesalah dijatuhkan hukuman penjara antara enam bulan sehingga enam tahun, tetapi diizinkan untuk ikat jamin.



"Ini adalah detik penting bagi Filipina dan detik penting bukan hanya untuk demokrasi kita tetapi untuk idea tentang apa ertinya kebebasan akhbar," kata Ressa di sidang akhbar sejurus selepas hukuman dijatuhkan ke atasnya.



"Ada pedang Damocles yang tergantung di kepala wartawan," tambahnya. 



"Ini bertujuan untuk membuat anda meragukan diri sendiri, ini bertujuan untuk membuat anda tidak mendorong sekuat yang boleh kerana akan ada akibatnya."



Seorang peguam hak asasi manusia di firma guaman Doughty Street Chambers dan salah seorang penasihat Ressa, Cik Caoilfhionn Gallagher, berkata: 



“Ini adalah hari yang sangat gelap bagi amalan undang-undang dan kebebasan bersuara di Filipina. Kami mengalami keadaan di mana Maria Ressa dihukum atas tuduhan tidak berasas, atas laporan yang tidak ditulisnya, di bawah undang-undang jahat yang tidak ada ketika laporan itu diterbitkan. "



Kes itu berpunca dari sebuah laporan yang diterbitkan di Rappler pada 2012 yang mendakwa hubungan antara seorang ahli perniagaan Filipina, Wilfredo D Keng, dan seorang hakim mahkamah tinggi.



Kes tersebut mulanya difailkan pada awal 2017, tetapi ditolak oleh Biro Penyiasatan Nasional kerana berada di luar undang-undang batasan waktu.



Pada 2018, jabatan kehakiman membenarkan kes tersebut untuk diadili, melanjutkan tempoh tanggungjawab untuk kes tersebut dari satu hingga 12 tahun.



Ressa dan penasihat undang-undangnya menyatakan bahawa undang-undang fitnah siber yang kontroversial ini tidak wujud semasa penerbitan laporan itu, dan sebenarnya hanya digubal empat bulan setelah laporan itu ditulis.



Namun, jabatan kehakiman membenarkan kes itu diteruskan kerana laporan dalam talian telah dikemas kini pada  Februari 2014 untuk memperbaiki salah ejaan.



Siber fitnah adalah kesalahan yang boleh dijamin dan boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan sekiranya sabit kesalahan.



"Saya telah menjadi kisah peringatan: diam atau anda seterusnya ... Itulah sebahagian sebab mengapa saya menjadi sasaran," kata Ressa, 56 tahun, kepada agensi berita Agence France-Presse. 



"Ini adalah kesan yang mengerikan ... bukan hanya kepada saya dan Rappler, tetapi juga kepada wartawan dan sesiapa sahaja yang mengajukan soalan kritikal."



Institut Akhbar Antarabangsa menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pelbagai tuduhan yang dikenakan terhadap Ressa "adalah percubaan telus untuk menutup suaranya dan menutup Rappler sebagai pembalasan atas liputan kritikal terhadap Presiden Rodrigo Duterte dan pentadbirannya."



Baik Ressa dan Rappler - yang telah mendedahkan rasuah, pembunuhan di luar undang-undang dan pasukan troll dalam talian - telah menghadapi serangkaian tuduhan selama setahun terakhir. 



Sebilangan besar tuntutan berkaitan dengan tuduhan mengenai kewangan laman berita itu.



Secara keseluruhan, Rappler dan pegawai serta kakitangannya telah menghadapi sekurang-kurangnya 11 siasatan dan kes mahkamah.



Ressa telah memenangi pujian antarabangsa kerana kewartawanannya dan penolakannya untuk tidak menunduk, sesuatu yang digambarkan oleh kumpulan hak asasi sebagai gangguan kehakiman.



Dia adalah antara yang dinobatkan salah seorang individu berpengaruh dunia apabila ditampilkan majalah Time pada 2018, dan memenangi anugerah Knight International Journalism 2018 serta penghargaan kebebasan akhbar yang diberikan oleh Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >