Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengumuman Syawal: Umat Islam di Malaysia digesa rujuk sumber rasmi

Apr 10, 2023 | 10:42 AM



SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di Malaysia supaya hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan untuk pengumuman tarikh hari pertama bulan Syawal.



Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan dan maklumat yang disiarkan di media sosial.



“Pengumuman rasmi hanya dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Jangan ambil tarikh dari Indonesia, Amiriah Arab Bersatu, TikTok atau WhatsApp.





“Kita perlu rujuk saluran rasmi...kalau tak pasti, jangan kongsi,” katanya di majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Malawati pada Ahad.



Terdahulu, Encik Fahmi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital (Sidec) Selangor yang menganjurkan Anugerah Usahawan Gempak yang bertujuan mengiktiraf usahawan tempatan atas sumbangan mereka kepada ekonomi negara.



“Insya-Allah, saya akan minta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama lebih erat dengan Sidec bagi memastikan kita mempunyai sinergi kerana kita mahu memastikan Selangor mampu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hab ekonomi digital,” katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >