Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peniaga Johor mahu rebut peluang limpahan pengunjung konsert Coldplay, Taylor Swift di S’pura

Jun 30, 2023 | 12:37 PM



JOHOR BAHRU: Peniaga di Johor berharap beberapa konsert rok Britain, Coldplay, dan bintang pop Amerika Syarikat, Taylor Swift yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada 2024, akan membawa kesan limpahan positif kepada ekonomi negeri di seberang tambak itu.

Mereka berharap pengunjung yang akan menyaksikan konsert itu akan memilih untuk menginap di Johor, kerana kos penginapan hotel dan membeli-belah lebih murah berbanding di Singapura.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia cawangan Johor, Encik Ivan Teo, berkata pengendali perniagaan dan Pelancongan Johor harus menggiatkan usaha dalam beberapa bulan akan datang, bagi mempromosikan Johor kepada mereka yang dijangka menyaksikan konsert itu.

“Kebanyakan pengunjung adalah dari Indonesia yang biasanya berbelanja semasa cuti di sini dan faham bagaimana untuk berulang-alik antara Johor dengan Singapura.

“Untuk menarik pengunjung dari bahagian lain dunia, kita harus sediakan lebih banyak maklumat dan panduan mengenai perjalanan ke Johor kerana mereka mungkin tidak begitu faham cara lebih mudah untuk sampai ke sini,” katanya, lapor The Star.


Pada Januari 2024, Coldplay akan membuat persembahan selama enam malam di Singapura, sementara Swift pula akan mengadakan persembahan enam malam juga pada Mac.

Para peminat, yang telah sanggup membelanjakan beratus dolar untuk membeli tiket bagi menyaksikan konsert seperti itu, sudah biasa berkeliling di rantau ini.

Presiden Persatuan Perniagaan dan Pegerai Johor Bahru, Encik Roland Lim, berkata Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia dan Pelancongan Johor harus mengambil kesempatan ini untuk menarik ribuan pengunjung antarabangsa yang bakal datang ke Singapura untuk menyaksikan konsert itu.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Johor tidak banyak memanfaatkan kesan limpahan daripada konsert seperti itu di Singapura.

“Namun, jika usaha lebih giat dilakukan bagi mempromosi (Johor) kepada pengunjung, kita mungkin dapat melihat kemajuan lebih baik pada kali ini.

“Selain mempromosi tempat-tempat menarik di Johor, kementerian dan kerajaan negeri harus juga mempromosi pelbagai jenis makanan di gerai tempatan, kedai kopi dan restoran di sini,” katanya.

Beliau menambah, penting juga untuk memastikan laluan di kedua-dua sempadan Johor-Singapura diselenggara dengan lancar sepanjang tempoh itu.

Pengarah Pelancongan Johor, Encik Suhairi Hashim, berkata usaha sudah pun dimulakan dengan pengendali pelancongan Singapura untuk menyertakan Johor dalam pakej mereka.

“Kita mungkin tidak mengharapkan terlalu banyak limpahan daripada konsert itu, tetapi kita akan terus mempromosi Johor dan berharap ia akan dapat menarik lebih ramai pengunjung,” katanya.

Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Johor, Encik Jimmy Leong, berkata penguasa pelancongan Johor dan pelancongan Malaysia harus mengenal pasti pengendali pelancongan dan ejen Singapura yang mengendalikan kumpulan yang akan menyaksikan konsert tersebut.

“Mereka perlu meyakinkan pengendali pelancongan dan ejen tersebut menyertakan Johor dalam pakej mereka. Ini boleh membantu menarik sebilangan pengunjung ke Johor,” katanya lagi.

Beliau juga berkata mereka yang sudah sanggup berbelanja membeli tiket, adalah kumpulan yang mungkin tidak keberatan mengeluarkan belanja tambahan untuk tinggal dan berbelanja di Singapura.

“Tidak mungkin bagi mereka untuk sanggup menyeberang Koswe dalam keadaan kesesakan lalu lintas untuk tinggal dan berbelanja di Johor Bahru.

“Tambahan, pengunjung yang datang menyaksikan konsert ini biasanya bukan daripada kumpulan yang berminat untuk berjalan-jalan di sekeliling bandar,” kata Encik Leong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >