Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SKANDAL KARTEL DAGING DI M'SIA

Peniaga terjejas dek kartel daging haram

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sejak berita kartel daging haram didedahkan, ramai peniaga mendakwa perniagaan dan mata pencarian mereka terjejas.



Dihimpit dengan kerugian besar, mereka berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan dan memberi huraian mengenai isu itu.



Encik Mohamed Hussein, 41 tahun, seorang penjual daging di pasar Chow Kit di pusat bandar Kuala Lumpur, berkata peniaga-peniaga daging import di pasar itu sedang menghadapi kesukaran menjual produk mereka, sambil menunjuk ke arah barisan gerai menjual daging yang lengang.



Encik Hussein berkata ada khabar angin salah seorang pembekalnya termasuk di dalam kalangan kartel haram itu, walaupun tiada sebarang laporan berita atau pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai syarikat-syarikat yang terbabit. Namun, para pelanggan masih mempercayai khabar angin itu.



Beliau berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu dengan segera supaya status daging halal dapat dipulihkan.



"Demi para peniaga seperti saya, mereka perlu mengeluarkan nama-nama syarikat yang tidak bertanggungjawab ini untuk menghilangkan keraguan orang ramai."



Seorang lagi peniaga yang dikenali sebagai Din Daging berkata perniagaannya baru sahaja kembali rancak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kini kembali surut.



Namun, lain pula halnya bagi peniaga daging tempatan, yang sedang menghadapi permintaan tinggi.



Encik Nizam, 40 tahun, seorang peniaga yang menjual daging tempatan, berkata sebelum ini beliau hanya perlu menyembelih tiga ekor lembu untuk perniagaannya dalam seminggu.



"Sekarang saya perlu menyembelih enam ekor lembu. Saya pula berniaga enam hari seminggu, bermakna saya kini menjual daging daripada seekor lembu sehari."



Encik Nizam berkata para pembeli mengeluh kerana harga daging tempatan lebih mahal namun mereka tetap membelinya kerana ragu-ragu dengan status halal daging yang diimport sekarang.



Peniaga daging di pasar Kinta di Ipoh pula risau jika harga daging akan meningkat dengan pendedahan kartel daging haram itu.



Seorang pengusaha di pasar tersebut, Encik Dass, 40 tahun, berkata bekalan daging akan terjejas kerana daging yang diimport akan melalui pemeriksaan lebih ketat.



"Pembekal akan berkata kontena-kontena mereka ditahan untuk pemeriksaan, maka bekalan akan berkurangan."



Encik Dass yang mempunyai lebih 22 tahun pengalaman di dalam pengusahaan daging menyalahkan rasuah yang berlaku dalam kalangan pihak penguatkuasa sebagai punca utama isu itu.



Bagi Cik Nor Izzani Ahmad Ibrahim, 21 tahun, yang mempunyai perniagaan katering, pelanggannya kini memilih hidangan yang berasaskan daging ayam untuk menu majlis perkahwinan mereka.



"Mereka kini memilih daging ayam berbanding daging lembu kerana risau dengan status halal. Mereka yang masih mahukan hidangan daging lembu mahukan kami menggunakan daging tempatan sahaja." - NST.




"Demi para peniaga seperti saya, mereka perlu mengeluarkan nama-nama syarikat yang tidak bertanggungjawab ini untuk menghilangkan keraguan orang ramai."
- Encik Mohamed Hussein, 41 tahun, seorang penjual daging di pasar Chow Kit di pusat bandar Kuala Lumpur.




"Pembekal akan berkata kontena-kontena mereka ditahan untuk pemeriksaan, maka bekalan akan berkurangan."
- Encik Dass, 40 tahun, seorang pengusaha di pasar Kinta di Ipoh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >