Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penjana elektrik di hospital Brazil meletup, 11 terkorban

Sep 15, 2019 | 05:02 PM



RIO DE JANEIRO - Polis Brazil telah mengesahkan bahawa kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di Rio De Janeiro berpunca daripada letupan penjana elektrik di ruang bawah tanah bangunan itu.



Sebelas orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku pada Khamis (12 September).



Kesimpulan awal telah dicapai pada Sabtu (14 September) walaupun terdapat kesulitan untuk memasuki ruang bawah tanah Hospital Badim kerana keadaan air bertakung dan keadaan gelap.



Pegawai polis masih menyiasat sebab mengapa penjana elektrik itu meletup.



Kebakaran itu bermula pada malam Khamis dan merebak ke seluruh hospital, justeru memaksa kakitangan hospital memindahkan pesakit keluar menggunakan katil usung.



Kebanyakan daripada sebelas mangsa yang terkorban merupakan warga tua.



Ramai juga mangsa meninggal dunia akibat terhidu asap, yang menyebabkan mereka sesak nafas, namun ada juga yang terkorban apabila peralatan sokongan hidup mereka berhenti berfungsi dalam kebakaran itu.



Menurut laporan Associated Press (AP), hospital itu terletak berdekatan Stadium Maracana, iaitu stadium yang digunakan sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia dan semasa Olimpik Rio pada 2016.-Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >