Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penjara di Iran terbakar susuli protes antipemerintah

Oct 17, 2022 | 05:30 AM



TEHERAN: Kebakaran dan sejumlah tembakan mencetus kekecohan di penjara Evin ketika gerakan protes yang berlaku susulan kematian Cik Mahsa Amini ketika dalam tahanan memasuki minggu kelima.



Api dan kepulan asap dilihat menjulang ke udara, selain bunyi tembakan senjata api jelas kedengaran dalam rakaman video yang dikongsikan kumpulan hak asasi yang berpusat di Oslo, Hak Asasi Manusia Iran, menerusi wadah Twitter.



Saluran Twitter 1500tasvir yang memantau protes dan keganasan polis pula mendakwa, kebakaran berlaku di penjara Evin dan bunyi letupan kedengaran daripada bangunan berkenaan kelmarin



Penunjuk perasaan yang berang sekali lagi memenuhi jalan raya di seluruh Iran kelmarin meskipun pemerintah menyekat talian Internet, ketika gerakan protes yang dicetuskan oleh kematian Cik Amini ketika dalam tahanan pihak berkuasa, berlanjutan sejak lima minggu lalu.



Remaja perempuan berusia 22 tahun itu meninggal dunia pada 16 September lalu, tiga hari selepas koma susulan ditahan oleh polis Iran atas dakwaan melanggar kod berpakaian untuk wanita.



Golongan wanita muda menjadi antara penggerak utama dalam gelombang terbesar protes jalanan di negara itu sejak beberapa tahun lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >