Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penubuhan kerajaan minoriti boleh dipertimbang jika tiada AP ada sokongan majoriti

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



SHAH ALAM: Penubuhan kerajaan minoriti boleh dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong sekiranya tiada Ahli Parlimen memperoleh sokongan majoriti, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Encik Ahmad Faizal Azumu.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun (Perak) berkata ini susulan pengesahan tandatangan surat akuan berkanun 11 Ahli Parlimen Umno sudah dipersembahkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, yang secara teorinya membolehkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh.



Jelas beliau, penubuhan sebuah kerajaan minoriti bukan suatu perkara janggal dengan seseorang Ahli Parlimen yang mempunyai jumlah sokongan terbanyak meskipun tidak capai sokongan majoriti, boleh dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri baharu.



"Bila Ahmad Zahid kata sudah persembahkan SD (Akuan Bersumpah) Ahli Parlimen mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menjatuhkan kerajaan PN, berdasarkan kehadiran 10 Ahli Parlimen lain yang berdiri bersama beliau, kita sudah nampak yang kerajaan PN boleh jatuh dengan angka itu.



"Cuma sekarang ke mana arahnya Ahli-ahli Parlimen Umno yang tidak lagi menyokong PN ini? Kalau sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri baru berpecah-pecah, jadi kemungkinan tiada pihak mempunyai jumlah majoriti sokongan Ahli Parlimen yang jelas.



"Dalam soal sekarang, kemungkinan akan berlaku parlimen tergantung kerana ketiadaan parti yang memiliki sokongan majoriti. Ada kaedah-kaedah lain yang boleh dibuat bagi menubuhkan kerajaan baharu, salah satunya menerusi kaedah kerajaan minoriti," katanya yang dilaporkan laman berita Free Malaysia Today yang memetik laporan akhbar Sinar Harian kelmarin.



Mantan menteri besar Perak itu berkata demikian bagi mengulas status Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika ini susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memuktamadkan pendirian menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN petang kelmarin.



Presiden Umno pada sidang media selepas mesyuarat MKT mengumumkan bahawa SD Ahli-ahli Parlimen Umno yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.



Senarai 11 Ahli Parlimen Umno yang disahkan menarik sokongan daripada kerajaan PN adalah diketuai Ahmad Zahid sendiri selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk.



Beliau diikuti Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang); Dato' Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang); Dato' Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); dan, Encik Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).



Keputusan itu, dakwa Datuk Seri Ahmad Zahid sudah menunjukkan kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.



Sementara itu, Encik Ahmad Faizal menegaskan kaedah penubuhan kerajaan minoriti tidak boleh disamakan dengan kerajaan interim yang lebih bersifat sementara dan ditubuhkan atas tujuan persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) baharu.



"Bahkan sekiranya Muhyiddin mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen terbanyak meskipun tidak capai majoriti, maka kerajaan minoriti itu tidak semestinya masih kekal dipanggil kerajaan PN.



"Segala terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam mempertimbangkan kaedah terbaik untuk menubuhkan kerajaan baharu sekiranya tiada pihak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen kelak," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >