Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penumpang kapal persiaran Amerika di Malaysia yang dijangkiti Covid-19 kini bebas virus

Feb 21, 2020 | 04:38 PM



PUTRAJAYA: Penumpang kapal persiaran Amerika Syarikat yang diuji positif bagi koronavirus di Malaysia kini bebas daripada penyakit itu.


Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail berkata pada Jumaat (21 Februari) bahawa wanita berusia 83 tahun itu, yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, telah diuji berulang kali bagi Covid-19, dengan keputusan menunjukkan beliau bebas virus itu.


"Ujiannya menunjukkan negatif. Tetapi beliau masih di hospital kerana beliau tidak begitu sihat dan masih menunjukkan simptom.


"Sebaik beliau tidak lagi menunjukkan simptom, beliau boleh dibenarkan pulang," kata Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi tentang Covid-19.


Wanita itu dan suaminya yang berusia 85 tahun berada di atas kapal MS Westerdam, yang berlabuh di Sihanoukville, Kemboja minggu lalu.


Pasangan itu menaiki pesawat khas yang disewa ke Kuala Lumpur yang membawa 145 penumpang dari kapal persiaran itu, dengan hanya kedua-dua mereka menunjukkan simptom.


Dua ujian yang dilakukan ke atas wanita itu menunjukkan beliau positif bagi Covid-19, dan beliau kemudiannya diletakkan dalam wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh.


Suaminya diuji negatif tetapi beliau memilih menemani isterinya di hospital. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >