Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyelidik Israel dedah bahasa rahsia tumbuhan

May 15, 2023 | 05:30 AM



TUMBUH-TUMBUHAN turut mengalami stres apabila disakiti, cedera, diganggu serangga atau kekeringan dan keluhannya boleh didengar oleh pohon lain serta haiwan.



Bahasa rahsia ini mulai dikesan oleh penyelidik dan mereka sedang berusaha untuk memahami apakah keluhannya itu.



Di Fakulti Sains Hayat George S. Wise, di Universiti Tel Aviv, terdapat deretan kabin yang kelihatannya sama seperti rumah hijau biasa, tetapi di dalam salah sebuah kabin itu, rahsia bahasa tumbuh-tumbuhan didedahkan oleh sekumpulan penyelidik Israel.



Menurut sebuah rencana yang diterbitkan dalam jurnal saintifik, Cell, tumbuh-tumbuhan biasanya mengeluarkan bunyi apabila ia mengalami stres.



Bunyi seperti "klik klik" itu tidak kedengaran oleh manusia, tetapi didengar tumbuhan lain dan haiwan.



Ini dipercayai kali pertama bunyi bawaan udara daripada tumbuh-tumbuhan yang mengalami tekanan, telah dicatat dan dirakam dari jarak jauh.



Berjalan masuk ke makmal itu, kelihatan dua mikrofon ultrasonik untuk merakamkan bunyi daripada tumbuh-tumbuhan, diletakkan di hadapan pasu berisi pohon tomato.



Cik Lilach Hadany, seorang penyelidik terkemuka dan profesor di Sekolah Sains Tumbuh-tumbuhan dan Keselamatan Makanan, memberitahu Xinhua bahawa alat khas ini biasanya digunakan dalam kajian isyarat ultrasonik kelawar.



Mikrofon itu boleh merakamkan bunyi pada frekuensi 20-250kHz dan diletakkan kira-kira 10 meter jaraknya dari pohon itu, bagi mengelakkan gangguan bunyi.



Dengan bantuan sensor yang diletakkan dalam mikrofon tersebut, isyarat ultrasonik boleh diubah kepada isyarat elektrik yang mudah dikenal oleh manusia.



"Da...da...da..." begitu tumbuh-tumbuhan "bercakap" semasa mengeluarkan bunyi "klik klik".



Bunyi itu dikeluarkan pada frekuensi tinggi sekitar 60kHz, menurut Cik Hadany, melebihi frekuensi maksimum yang boleh dikesan orang dewasa, iaitu 16kHz.



Dipercayai bahawa bunyi itu mungkin disambungkan kepada peronggaan (caviation) dalam batang dan proses peronggaan itu pula mengeluarkan gegaran yang boleh dikesan manusia dengan alat sensor, kata Cik Hadany kepada Xinhua.



"Apabila tumbuh-tumbuhan mengalami tekanan (stres), terjadi pula buih udara, membesar dan pecah," lapor akhbar Times of Israel pula.



Kajian itu sebahagian besarnya tertumpu kepada pohon tomato dan tembakau, tetapi tanaman gandum, jagung, kaktus dan beberapa lagi juga turut dirakamkan.



Satu kenyataan yang dikeluarkan Universiti Tel Aviv, menjelaskan proses eksperimen itu - pada tahap pertama, para penyelidik meletakkan tanaman itu dalam sebuah kotak akustik di tempat yang sunyi dan terpencil, yang tidak kedengaran suara-suara lain.



Sebelum memasukkan tanaman itu dalam kotak akustik, penyelidik melakukan beberapa rawatan - ada yang tidak disiram air selama lima hari, ada pula yang batangnya dikerat dan ada juga yang tidak disentuh langsung.



Kemudian, rakaman yang dikumpulkan dianalisa dengan menggunakan mesen yang direka khas, mempelajari algoritma (AI).



Algoritma itu mempelajari bagaimana membezakan bunyi daripada pohon berbeza, yang kemudiannya dapat mengenal pasti pohon dan menentukan jenis dan paras tekanan (stres) melalui rakaman, kata kenyataan itu lagi.



"Rakaman kami menunjukkan bahawa pohon yang digunakan dalam eksperimen kami mengeluarkan bunyi pada frekuensi 40-80 kHz dan pohon yang tidak mengalami tekanan mengeluarkan bunyi perlahan dalam masa satu jam, secara purata."



Cik Hadany berkata: "Sementara pohon yang mengalami tekanan - termasuk yang cedera dan kekurangan air - mengeluarkan bermacam bunyi dalam masa satu jam."



Penyelidik percaya tumbuhan yang mengalami kecederaan yang berbeza mengeluarkan bunyi yang mempunyai maklumat berlainan.



Menurut Cik Hadany, eksperimen ini telah membuktikan bahawa bunyi daripada pohon tomato yang diserang serangga juga telah dapat dipisahkan.



"Justeru, terdapat satu lagi kumpulan bunyi di situ. Tetapi kami baru mula melakukan penyelidikan," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >