KUALA LUMPUR: Penyiasat kanan yang dipecat pada 2015 kerana meneruskan siasatan dakwaan salah urus di dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditawarkan sekurang-kurangnya RM3 juta ($1 juta) setiap seorang supaya menutup mulut, kata sumber.
Mereka memberitahu akhbar The Straits Times bahawa seorang Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) dipilih secara peribadi dan ditugaskan berunding dengan penyiasat dalam usaha menggugurkan siasatan.