Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perang di Ukraine: Kim Jong Un yakin Russia akan menang

Sep 14, 2023 | 12:52 PM



VLADIVOSTOK (Russia): Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memberitahu Presiden Russia, Encik Vladimir Putin pada Rabu bahawa beliau pasti tentera dan rakyat Russia akan menang melawan “kejahatan”, dalam apa yang beliau anggap sebagai imperialisme Barat dalam peperangan di Ukraine.


Sambil menyatakan kemenangan “Russia yang hebat” serta demi persahabatan Korea-Russia dan kesihatan semua yang hadir, Encik Kim yakin Russia akan menang dalam apa yang Moscow sifatkan sebagai “operasi ketenteraan khas” di Ukraine.

“Saya amat yakin bahawa tentera dan rakyat Russia akan mewarisi tradisi kemenangan, menegakkan maruah dan penghormatan yang tidak ternilai di hadapan operasi ketenteraan khas,” kata Encik Kim melalui penterjemah.

“Tentera dan rakyat Russia pastinya akan mencapai kemenangan besar dalam perjuangan untuk menghukum kejahatan besar,” tambah Encik Kim.

Agensi perisikan Barat mengesyaki bahawa Russia sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan senjata dan peluru dari Korea Utara untuk digunakan dalam peperangan di Ukraine – sesuatu yang dinafikan oleh Moscow dan Pyongyang.

Namun, Washington percaya rundingan senjata antara Russia dengan Korea Utara sedang giat dijalankan, kata seorang pegawai Amerika Syarikat pada Selasa.

Ia memberi amaran kepada pemimpin Encik Kim bahawa negaranya akan menerima padah jika membekalkan senjata kepada Russia untuk digunakan di Ukraine.

Menyediakan senjata kepada Russia “tidak akan mendatangkan kebaikan kepada Korea Utara, malah mereka akan menerima padahnya”, kata penasihat keselamatan negara Amerika, Encik Jake Sullivan, kepada pemberita di Rumah Putih.

Kremlin berkata pada Selasa, “tiada apa-apa yang hendak dikatakan” mengenai kenyataan pegawai Amerika itu bahawa Encik Kim merancang untuk pergi ke Russia bulan ini, untuk bertemu Encik Putin, dan membincangkan bekalan senjata ke Moscow.

Encik Kim menjangkakan perbincangan mengenai senjata akan diteruskan, kata Encik Sullivan, termasuk di peringkat pemimpin dan “mungkin juga secara peribadi”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >