Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perang dikhuatiri boleh burukkan lagi konflik Timur Tengah

Oct 23, 2023 | 01:25 PM



RAFAH: Kebimbangan perang Israel-Palestin boleh merebak menjadi konflik Timur Tengah yang lebih luas meningkat pada Ahad apabila Washington memberi amaran tentang risiko besar kepada kepentingan Amerika Syarikat di rantau itu apabila Israel menggempur Gaza dan pertempuran di sempadannya dengan Lebanon semakin sengit.


Kementerian Kesihatan Gaza berkata 266 rakyat Palestin, termasuk 117 kanak-kanak, terbunuh ekoran serangan udara Israel dalam tempoh 24 jam yang lalu di kawasan tersebut.

Di negara jiran Syria, peluru berpandu Israel meledak di Damsyik dan lapangan terbang antarabangsa Aleppo pada awal Ahad, menyebabkan kedua-duanya tidak beroperasi dan membunuh dua pekerja, kata media pemerintah Syria.

Syria merupakan penyokong serantau utama Hamas dan mempunyai kehadiran tentera Iran.

Kejadian tembak menembak berlaku saban hari antara tentera Israel dengan kumpulan militan Hezbollah Lebanon sejak perang bermula dan ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Tentera Israel telah menyerang militan di kem pelarian dan melakukan dua serangan udara di Tebing Barat sejak kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk di Semenanjung Gaza telah kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel yang berterusan, menurut laporan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (Ocha), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perang meletus apabila kumpulan militan melancarkan serangan di selatan Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,400 orang terbunuh.

Israel bertindak balas dengan pengeboman udara ke atas Semenanjung Gaza, yang diperintah oleh Hamas. Israel berkata ia mahu memusnahkan kumpulan militan itu.

Tindakan tentera Israel telah membunuh hampir 3,800 orang di Gaza.

Israel merancang melancarkan serangan darat di Gaza sebagai sebahagian daripada tindak balasnya terhadap serangan Hamas itu.

Tetapi tentera Israel mengakui bahawa masih terdapat ratusan ribu orang awam Palestin di utara Gaza walaupun telah diperintahkan berpindah ke selatan – sesuatu yang akan merumitkan sebarang serangan darat dan menimbulkan risiko tercetusnya perang yang lebih luas dengan sekutu Hamas di Lebanon dan Syria.

Pentagon telah pun menghantar sejumlah besar tentera laut ke Timur Tengah, termasuk dua kapal pengangkut pesawat, kapal sokongan dan kira-kira 2,000 askar marin, untuk membantu menghalang serangan oleh tentera yang bersekutu dengan Iran.

“Apa yang kami lihat... ialah prospek peningkatan ketara serangan ke atas tentera kami dan rakyat kami di seluruh rantau ini,” kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin pada Ahad.

Dalam pada itu, buat kali pertama 20 trak bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza dari Mesir melalui lintasan Rafah pada Sabtu.

Hospital yang penuh dengan pesakit dan orang awam, didapati kehabisan bekalan perubatan dan bahan api untuk penjana elektrik, memaksa doktor melakukan pembedahan dengan jarum jahit, menggunakan cuka dapur sebagai pembasmi kuman dan tanpa bius. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >