Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perang Ukraine: Barat sekat sistem Swift demi lumpuhkan bank, mata wang Russia

Feb 27, 2022 | 04:22 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan sekutu Barat berusaha melumpuhkan sektor perbankan dan mata wang Russia dengan set sekatan luar biasa yang bertujuan menghukum pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Mengambil langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap negara sebesar Russia, pihak sekutu memotong sebilangan bank terpilih daripada sistem Swift, menjadikan bank Russia itu terasing dari seluruh dunia.





Sekatan itu juga akan menjejas keupayaan bank pusat Russia menggunakan rizab untuk menyokong mata wang negara itu, ruble, yang sudah pun banyak merosot, ujar seorang pegawai kanan Amerika sambil menambah, dengan sekatan itu itu mata wang itu akan “jatuh lagi dengan banyak.”

Pihak sekutu juga memberi amaran bahawa satu pasukan petugas akan ‘memburu’ “kapal layar, jet, kereta mewah dan rumah mewah” yang dimiliki di seluruh dunia oleh hartawan sangat kaya yang rapat dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.

Langkah itu disokong Amerika, Canada, Suruhanjaya Eropah, Britain, Perancis, Jerman dan Italy. – AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >