Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perbincangan bebas Najib tidak libatkan saya: Rosmah

Jun 10, 2023 | 03:13 PM



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor berkata perbincangan mengenai permohonan bagi pengampunan diraja ke atas suaminya, Encik Najib Tun Razak, dibuat tanpa pembabitannya.


Beliau berkata semua perbincangan berkenaan sebaliknya hanya membabitkan bekas perdana menteri itu bersama-sama anak perempuannya, Cik Nooryana Najwa atau mesra dengan panggilan ‘Gina’ sepanjang pertemuan bersama bekas ahli parlimen Pekan (Pahang) itu di penjara.

“Itu (permohonan pengampunan diraja) saya tidak masuk campur. Beliau (Najib) selalu bercerita dengan Gina. Saya pemerhati sahaja,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 pada Sabtu.

Sementara itu, Datin Rosmah ketika mengulas tuntutan ahli Umno mendesak agar Encik Najib dibebaskan, berkata ia bukti yang akar umbi menggesa supaya keadilan diberikan kepada bekas Presiden Umno itu.

“Saya amat terharu dengan sokongan diberikan ahli-ahli Umno yang datang ke PAU dan dapat merasai betapa mereka menghayati perjuangan suami saya serta berharap beliau dikeluarkan segera. Dalam hati mereka, (mereka) tahu suami saya tidak mendapat perbicaraan adil. Ia juga manifestasi di pihak mereka (ahli Umno) mahukan Najib mendapat keadilan. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang memperjuangkan keadilan di negara ini, bukan saja untuk Najib tetapi untuk semua orang,” katanya.

Pada Jumaat, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada PAU 2023, mendesak supaya Encik Najib diberi keadilan sewajarnya.

Desakan itu dibuat selepas celahan daripada anak Encik Najib, Datuk Mohd Nizar, dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu di Pahang itu disambut laungan ‘bebaskan Bossku’.

Keadaan itu antara lain mengundang ramai perwakilan mengangkat poster memaparkan slogan ‘Solidariti untuk Najib Razak’, sebagai sokongan terhadap bekas Menteri Kewangan itu. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >