Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perebutan kuasa majoriti Demokrat-Republikan di Washington jadi tanda tanya

Nov 13, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON DC: Terdapat para kemungkinan besar pengubal undang-undang kembali ke Washington esok tanpa mengetahui siapakah yang meraih kuasa majoriti.



Ini kerana, kededua parti, Demokrat dan Republikan, berdepan jumlah kemenangan agak seimbang.



Selepas tiga hari rakyat Amerika Syarikat mengundi, parti Republikan dilihat punya kelebihan di Dewan Perwakilan, manakala di Senat pula, Encik Mark Kelly, wakil parti Demokrat di Arizona, memenangi pemilihan di situ, menjadikan parti pimpinan Encik Joe Biden itu memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengekalkan majoriti tipis.



Meskipun demikian, penguasaan kededua dewan tidak menentu.



Rasa kecewa dan tudingan jari dalam kalangan wakil parti Republikan, yang menjangkakan gelombang kemenangan semasa pilihan raya berlangsung, juga mengancam untuk meningkatkan lagi ketegangan antara ahli populis yang merupakan penyokong pemimpin parti itu, Encik Donald Trump, dengan pemimpin lain parti tersebut, sekali gus merumitkan usaha menyatupadukan Republikan di Kongres.



Encik Biden sebelum ini memuji 'suasana demokrasi' selepas prestasi mengejutkan serta memberangsangkan dalam pilihan raya pertengahan penggal itu, dengan Republikan kian hampir ke arah majoriti tipis dalam hanya satu dewan Kongres.



Sambil mengakui kekecewaan pengundi, Encik Biden berkata, 'majoriti besar' rakyat Amerika menyokong agenda ekonominya dan menunjukkan beliau cenderung untuk meneruskan pentadbiran penggal kedua pada 2024, walaupun beliau berkata akan membuat keputusan awal tahun depan.



Parti penyandang itu secara sejarahnya kalah dalam pilihan raya pertengahan penggal dan Republikan mengharapkan kemenangan besar selepas 'menekan' Encik Biden berhubung inflasi sangat tinggi, selain ramai menyokong dakwaan tidak berasas mengenai kesahihan kekalahannya terhadap Encik Trump dua tahun lalu.



Parti Republikan dilihat masih berupaya merampas penguasaan Kongres tetapi persaingan untuk Senat masih terbuka.



Berdasarkan keputusan awal, Republikan berada di landasan sewajarnya untuk memperoleh majoriti di Kongres, yang mana hanya sebilangan kerusi belum ditentukan, manakala parti yang bakal menguasai Senat belum dapat dipastikan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >