Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Pergeseran dalaman parti jelang hari penamaan calon

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



TIGA hari sebelum Hari Penamaan Calon pada Sabtu ini menyaksikan sekitaran dalaman parti-parti bertanding menjadi tegang dan hangat.



Ia memuncak sehingga berlaku pergeseran antara personaliti, penggantungan dan pemecatan, sabotaj yang membawa kepada penutupan bilik operasi dan dakwaan "ahli parlimen dan kerusi dirombak seperti bermain terup".



Parti Amanah Negara (Amanah) yang merupakan salah satu parti komponen Pakatan Harapan mengejutkan ramai apabila memecat keahlian Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, pada Ahad lalu kerana melanggar perlembagaan parti.



Ini setelah Datuk Phahrolrazi mengancam memboikot pilihan raya sekiranya kerusi Parlimen Jerai, yang telah diberikan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) - juga komponen PH - tidak dikembalikan kepada Amanah.



Tidak cukup dengan itu, mantan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Tian Chua, yang tidak disenaraikan sebagai calon dalam pilihan raya umum kali ini mendakwa ramai pihak yang kecewa dengan senarai calon yang diumumkan oleh kepemimpinan parti itu.



"Apabila Ahli Parlimen dan kerusi dirombak seperti bermain terup, ia bukan sahaja merugikan akar umbi parti, malah mengecewakan pengundi yang setia menyokong kita," katanya pada Jumaat lalu.



Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam pada itu berdepan krisis kepimpinan apabila Datuk Larry Sng Wei Shien mendakwa beliau masih berjawatan Presiden PBM dan bukannya Datuk Zuraida Kamaruddin - sebagaimana diumumkan parti itu sebelum ini.



Bagi mengukuhkan kedudukannya, Datuk Sng menggantung Datuk Zuraida dan 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM kerana "menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya".



Bagaimanapun, Datuk Zuraida pada Ahad lalu mendakwa beliau masih memimpin parti itu dan kemelut parti berkenaan akan diselesaikan secara dalaman.



"Isu dalaman kita akan buat pengumuman sebelum 5 November ini," katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur.



Sementara itu, perang mulut dilihat berlaku antara pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).



Ia bermula kelmarin apabila pengerusi GTA yang juga Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yasin yang memecatnya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan juga beberapa pemimpin lain dalam parti itu yang tidak setuju dengan Langkah Sheraton diambil Tan Sri Muhyiddin, hingga membawa kejatuhan kerajaan PH.



"Muhyiddin cuba menafikan beliau pengkhianat yang terbabit dengan Langkah Sheraton dan cuba mengaitkan perkara itu dengan saya," kata Dr Mahathir.



Namun, keadaan 'dibingungkan' dengan dakwaan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mengakui beliau memulakan Langkah Sheraton, bertujuan menjatuhkan PH selepas PAS beranggapan gabungan itu sedang berusaha menghapuskan hak keistimewaan Melayu.



Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) yang malam tadi mengumumkan senarai calon yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen, menghadapi gugatan daripada ahli veteran Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, yang bertindak menutup bilik gerakan BN di Arau (Perlis) - kawasan undi yang mahu dipertahankannya - namun digugurkan daripada pencalonan kali ini.



Seorang lagi ahli politik veteran BN, Tan Sri Annuar Musa, menegaskan beliau "tidak akan meminta, merayu mahupun melobi" setelah namanya tidak dicalonkan.



"Kalau orang tak bagi itu adalah proses semua orang yang kena lalui, takkan kita nak jadi Ahli Parlimen selama-lamanya," katanya.




"Kalau orang tak bagi itu adalah proses semua orang yang kena lalui, takkan kita nak jadi Ahli Parlimen selama-lamanya."
- Tan Sri Annuar Musa, ahli politik veteran yang menegaskan beliau "tidak akan meminta, merayu mahupun melobi" setelah namanya tidak dicalonkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >