Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Pergi ke Yong Peng, dan tak perlu ke India untuk atasi masalah bekalan telur M'sia'

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Encik Mohamad Sabu, disaran meninjau ladang telur di Yong Peng, Johor, dan tidak perlu ke India bagi menangani masalah bekalan bahan itu di Malaysia.



Ahli Parlimen (AP) Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Encik Mohamad perlu mengutamakan penternak tempatan dan tidak mempunyai keperluan untuk menjelajah jauh ke India untuk meninjau ladang telur di Namakkal, Tamil Nadu.



"Tak perlu import telur dari India jika bekalan mencukupi. Kementerian Abang Mat (Encik Mohamad) turut menjaga keterjaminan makanan?



"Fikir-fikirkanlah Abang Mat! Telur dan ayam adalah makanan asas rakyat tak kira kaum atau agama. Patut dijadikan keutamaan," katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Datuk Wee juga mempertikaikan penetapan harga telur tempatan yang lebih murah berbanding harga telur diimport dari India, yang boleh menjejas penternak ayam dalam negara.



"Abang Mat, telur tempatan hanya boleh dijual dengan 41 sen sebiji kerana ada kawalan harga. Penternak tempatan mengalami kerugian kerana harga kos mereka melebihi harga kawalan telur.



"Jika mereka mengalami kerugian, penternak tidak akan menternak ayam untuk menghasilkan telur.



"Saya rasa pelik pula, telur diimport dari India dijual dengan 50 sen sebiji. Kalau diangkut menggunakan kapal, telur dari India mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk sampai ke Malaysia. Segarkah telur India berbanding telur tempatan?" katanya lagi.



Terdahulu, media melaporkan bahawa Encik Mohamad berlepas ke Namakkal, Tamil Nadu, India, hujung minggu lalu bagi melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia.



Lawatan itu juga bagi memastikan telur yang diimport bagi rakyat Malaysia adalah bersih, selamat dan lebih murah daripada telur tempatan.



Datuk Wee, juga Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), turut mencadangkan kepada Encik Mohamad supaya menetapkan harga kawalan kepada 50 sen sebiji - sama seperti harga telur yang diimport dari India.



"Saya rasa kalau harga kawalan ditetapkan 50 sen sebiji, mungkin penternak tempatan sanggup menternak ayam kerana mereka tidak akan rugi.



"Kalau kerajaan mampu dan bersungguh mahu membantu golongan B40, boleh wujudkan elaun telur secara tambah nilai kepada golongan B40 untuk menanggung bebanan kewangan iaitu selisih harga 9 sen sebiji," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >