Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perjalanan cuti penumpang udara Amerika lepasi tahap pra-Covid-19

May 31, 2023 | 03:30 PM



WASHINGTON: Perjalanan percutian penumpang udara Amerika Syarikat mengatasi tahap pra-Covid-19 sepanjang hujung minggu Hari Memorial – yang biasanya menandakan permulaan musim perjalanan udara pada musim panas Amerika yang sibuk.


Perangkaan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika menunjukkan hampir 9.8 juta penumpang telah disaring atau melalui pemeriksaan keselamatan sepanjang empat hari hujung minggu tersebut atau sekitar 300,000 melebihi tempoh cuti yang sama pada 2019.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), syarikat penerbangan dan laman web penjejakan penerbangan melaporkan perjalanan lancar sepanjang Hari Memorial iaitu pada Isnin penghujung Mei dengan berlaku peningkatan ketara sepanjang 2022.

FAA berkata hanya 0.6 peratus penerbangan perjalanan percutian dibatalkan berbanding 2.3 peratus pada 2022 dan 1.4 peratus pada 2019.

“Tahap kelewatan dan pembatalan yang rendah pada hujung minggu cuti adalah bukti bahawa kerjasama seluruh sektor telah meningkatkan kebolehpercayaan terhadap syarikat penerbangan dan mereka berada di landasan yang betul.

“Banyak lagi kerja akan dilakukan dan kami akan meneruskan kerja kami untuk memastikan para penumpang mendapat sokongan yang diperlukan,” kata Setiausaha Pengangkutan, Encik Pete Buttigieg, di Twitter.

TSA berkata ia menyaring 2.74 juta penumpang pada Jumaat sahaja – jumlah tertinggi dalam sehari sejak November 2019. Trafik pada Jumaat mengatasi paras tertinggi dan keseluruhan hujung minggu mengatasi paras trafik sebelum Covid-19.

FAA berkata trafik harian tertinggi selepas Covid-19 berjumlah 54,684 penerbangan.

Syarikat penerbangan American Airlines berkata pada Ahad ia membatalkan hanya 13 penerbangan serantau, atau 0.2 peratus daripada jumlah pelepasan yang dijadualkan dengan empat hari berturut-turut syarikat penerbangan itu tidak membatalkan sebarang penerbangan.

Syarikat penerbangan sering mengendalikan pesawat yang lebih besar kerana mereka telah mengurangkan penerbangan untuk melancarkan operasi, terutamanya di ruang udara New York yang sesak.

Kumpulan industri penerbangan Amerika menganggarkan 256.8 juta penumpang akan terbang pada suku Jun-Ogos, meningkat 1 peratus berbanding 254.6 juta penumpang dalam tempoh yang sama pada 2019. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >