Perjanjian Israel-Saudi dijangka dicapai sebelum akhir 2024

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perjanjian Israel-Saudi dijangka dicapai sebelum akhir 2024

Oct 24, 2024 | 1:24 PM

Perjanjian Israel-Saudi dijangka dicapai sebelum akhir 2024

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Senator Republikan, Encik Lindsey Graham, percaya perjanjian memulihkan hubungan antara Israel dengan Arab Saudi boleh dicapai sebelum akhir 2024.
Senator Republikan, Encik Lindsey Graham, percaya perjanjian memulihkan hubungan antara Israel dengan Arab Saudi boleh dicapai sebelum akhir 2024. - Foto AFP

WASHINGTON: Senator Republikan, Encik Lindsey Graham, berkata beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pada 23 Oktober dan percaya bahawa perjanjian untuk memulihkan hubungan antara Israel dengan Arab Saudi boleh dicapai sebelum akhir 2024.

Encik Graham, yang berada di Michigan ketika berkempen untuk calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, menyatakan bahawa Encik Netanyahu menyokong usaha mencapai perjanjian dengan Arab Saudi.

Menurutnya, pentadbiran Amerika Syarikat selanjutnya tidak mungkin dapat memperoleh undi yang mencukupi di Kongres selepas Presiden Joe Biden meninggalkan jawatan pada 20 Januari 2025.

“Saya fikir masa untuk melakukan ini adalah dalam tempoh pentadbiran Encik Biden,” kata Encik Graham yang juga telah bertemu dengan Encik Netanyahu awal Oktober.

Beliau berkata Naib Presiden, Cik Kamala Harris, “jauh lebih condong ke kiri” dan tidak menunjukkan minat mencapai perjanjian sedemikian, tetapi Encik Biden berminat melihat perjanjian itu dicapai.

Encik Morgan Finkelstein, jurucakap Keselamatan Negara bagi kempen Cik Harris berkata:

“Naib Presiden Harris secara konsisten menyokong usaha memastikan Israel disepadukan dengan lebih mendalam di rantau Timur Tengah, termasuk perjanjian pemulihan hubungan bersejarah yang berpotensi dengan Arab Saudi.

“Beliau percaya penyepaduan sebegitu penting untuk menentang ancaman yang ditimbulkan oleh Iran.”

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, telah tiba di Arab Saudi dalam rangka memulakan usaha damai di Timur Tengah sebelum pilihan raya presiden Amerika pada 5 November.

Beliau berharap dapat mencapai kemajuan dalam pemulihan hubungan antara Arab Saudi dengan Israel yang berpotensi menawarkan insentif menamatkan perang di Gaza.

Bercakap kepada pemberita di Tel Aviv, Encik Blinken menggesa “perhatian diberikan kepada hadiah strategik” pemulihan hubungan Israel-Saudi ketika usaha mencapai gencatan senjata Gaza diteruskan tanpa sebarang kejayaan segera dapat dilihat.

“Di sebalik segala yang berlaku, peluang luar biasa masih ada di rantau ini untuk bergerak ke arah yang sama sekali berbeza,” kata beliau sebelum menaiki pesawat menuju ke Arab Saudi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg