Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS, Saudi hampir muktamad draf perjanjian keselamatan

Jun 10, 2024 | 2:15 PM
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman di Istana,  Al Yamamah, di Riyadh pada 29 April 2024.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman di Istana, Al Yamamah, di Riyadh pada 29 April 2024. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden hampir memuktamadkan perjanjian dengan Arab Saudi yang akan menyaksikan komitmen Amerika Syarikat membantu mempertahankan negara Teluk itu.

Ia sebagai sebahagian daripada perjanjian yang bertujuan menggalakkan hubungan diplomatik antara Riyadh dengan Israel, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada 9 Jun, memetik pegawai Amerika dan Saudi.

Perjanjian itu adalah sebahagian daripada pakej lebih luas yang akan merangkumi pakatan nuklear awam Amerika-Saudi.

Ia juga bakal mengarah kepada penubuhan negara Palestin dan menamatkan perang di Gaza yang masih berlanjutan di sebalik usaha negara perantara bagi mencapai gencatan senjata yang berakhir dengan kegagalan.

Kelulusan perjanjian itu, yang menurut WSJ akan dikenali sebagai Perjanjian Perikatan Strategik, akan memerlukan undi majoriti dua pertiga di Senat Amerika, langkah yang sukar dicapai melainkan perjanjian itu terikat dengan normalisasi Israel-Saudi.

Draf perjanjian itu dimodelkan secara longgar pada pakatan keselamatan bersama Washington dengan Jepun, akhbar itu memetik pegawai Amerika dan Saudi sebagai berkata.

Sebagai pertukaran untuk komitmen Amerika untuk membantu mempertahankan Arab Saudi jika ia diserang, draf perjanjian itu akan memberikan Washington akses ke wilayah dan ruang udara Saudi untuk melindungi kepentingan Amerika dan rakan serantau, lapor akhbar itu lagi.

Ia juga bertujuan untuk mengikat Riyadh lebih dekat dengan Washington dengan melarang China membina pangkalan di kerajaan itu atau meneruskan kerjasama keselamatan dengan Riyadh, WSJ memetik pegawai sebagai berkata.

Rumah Putih, Jabatan Negara Amerika dan kedutaan Saudi di Washington tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Pada Mei, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, membayangkan bahawa Amerika dan Saudi sangat hampir memuktamadkan perjanjian tersebut.

Bercakap pada sidang di Dewan Perwakilan pada 22 Mei, beliau berkata perjanjian tersebut “mungkin dimuktamadkan beberapa minggu lagi”.

Namun, Encik Blinken mengingatkan bahawa untuk normalisasi yang lebih luas diteruskan, mesti ada ketenangan di Gaza dan penyelesaian isu kenegaraan Palestin. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg