Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Persatuan Palang Merah S'pura hulur lebih $200,000 bantu mangsa banjir

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Persatuan Palang Merah S'pura hulur lebih $200,000 bantu mangsa banjir

Jul 24, 2021 | 05:30 AM

PERSATUAN Palang Merah Singapura (SRC) telah memperuntuk AS$150,000 ($203,973) bagi dana bantuan dan usaha pemulihan di China serta di Belgium dan Jerman, negara-negara yang kini dilanda hujan lebat dan bah.

Dana itu akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan barangan keperluan mangsa, kata SRC.

"Simpati kami ditujukan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dan yang terpaksa berpindah akibat banjir dan kini berada di kem pelarian," kata ketua eksekutif SRC, Encik Benjamin William, yang juga setiausaha agung pertubuhan itu.

"Selain berdepan dengan operasi menyelamat yang sukar, pekerja bantuan juga berdepan dengan cabaran tambahan dalam bentuk pandemik dan potensi penyakit yang disebar melalui air, selain bekalan makanan yang tidak mencukupi dan air bersih."

SRC berkata ia telah menjalankan khidmat Restoring Family Links untuk membantu warga Singapura dan mereka yang sedang mencari anggota keluarga terdekat yang mungkin terjejas akibat bencana itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3