Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Persatuan Perubatan M'sia gesa siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin

Jun 23, 2021 | 08:35 PM



KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) membuat siasatan penuh berhubung dakwaan vaksin dijual oleh syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian.



Presiden MMA, Prof Datuk Dr M Subramaniam, berkata pihaknya dimaklumkan vaksin berkenaan dijual dengan harga kira-kira RM400 ($129.20) bagi dua dos untuk seorang individu.



Katanya, proses vaksinasi pula didakwa dijalankan sebuah fasiliti penjagaan kesihatan swasta.



"MMA memandang serius perkara ini kerana ketika ini, kerajaan Malaysia adalah pengimport dan pengedar rasmi vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).



"Jika dakwaan mengenai jualan vaksin secara persendirian ini terbukti benar, tindakan tegas mesti diambil terhadap syarikat swasta dan fasiliti penjagaan kesihatan swasta yang terbabit," katanya dalam kenyataan pada Rabu (23 Jun). - Berita Harian Malaysia



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >