CLARK: Setiausaha Pertahanan Filipina, Encik Delfin Lorenzana mengisytiharkan berakhirnya pertempuran di Marawi, kira-kira lima bulan selepas beratus-ratus anggota militan menyerbu bandar di selatan Filipina itu dalam usaha mengubahnya menjadi "wilayah" militan IS.
"Tidak terdapat lagi militan di Marawi," kata Encik Lorenzana kepada pemberita di Clark sewaktu mesyuarat Menteri Pertahanan Asean.