DAMSYIK: Pertempuran yang kembali meletus antara etnik Druze, majoriti tinggal di wilayah Swedia, dengan kaum Badwi di selatan Syria membunuh sekurang-kurangnya empat orang pada 3 Ogos.
Menyatakan hal itu, seorang pemantau perang, menuduh kumpulan etnik Druze telah melanggar gencatan senjata yang dipersetujui pada Julai.
Wilayah Sweida menyaksikan pertempuran maut antara anggota Druze dengan kaum Badwi Sunni pada Julai yang menarik campur tangan tentera pemerintah dan anggota penyokong kaum Badwi.
Gencatan senjata bagi menamatkan pertumpahan darah telah mengorbankan 1,400 orang, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Tetapi keadaan kekal tegang dan kembali berkobar sehingga mencetuskan semula keganasan pada 3 Ogos.
Pihak berkuasa berkata tiga anggota pasukan keselamatan Syria terbunuh “semasa pertempuran meletus dengan puak tempatan di sekitar Tal Hadid di kawasan luar bandar Sweida barat”.
Tal Hadid, yang dikawal pasukan keselamatan pemerintah, adalah “titik kawalan utama” yang tinggi kedudukannya dan membolehkan sesiapa yang menguasainya melihat kawasan sekitarnya.
Menurut pemerhati, pertempuran turut meletus di sekitar bandar Thaala, “ekoran pengeboman kawasan itu dengan peluru dan senjata berat yang dilancarkan dari kawasan di bawah kawalan tentera pemerintah, manakala bunyi letupan dan tembakan kedengaran di pelbagai bahagian bandar Sweida”.
Agensi berita pemerintah, Sana, menuduh kumpulan Druze yang setia kepada pemimpin berpengaruh mereka, Hikmat al-Hijri, telah melanggar gencatan senjata dengan menyerang tentera pemerintah di Tal Hadid, membunuh seorang pegawai pasukan keselamatan dan mencederakan yang lain.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Syria, menuduh kumpulan tempatan “melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan di beberapa lokasi dan menyerang beberapa kampung dengan roket dan mortar, mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa anggota keselamatan”.
Sumber keselamatan memberitahu televisyen pemerintah Syria bahawa tentera pemerintah telah menguasai semula Tal Hadid dan kawasan lain yang diserang pada 3 Ogos.
Menurut pemantau dan penduduk tempatan Sweida, Damsyik telah mengepung wilayah itu dan mendesak penduduk supaya mematuhi gencatan senjata.
Pada 1 Ogos, penduduk Sweida mengadakan bantahan di seluruh wilayah itu untuk menuntut pengunduran tentera pemerintah dan pembukaan koridor bantuan dari negara jiran Jordan.
Jalan yang menghubungkan Sweida ke Damsyik telah terputus sejak 20 Julai.
Damsyik menuduh kumpulan Druze bertanggungjawab tetapi kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan pemerintah telah menguasai kawasan itu dan telah menyekat perjalanan. – AFP.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg