Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertemuan Anwar-Agong cetuskan spekulasi berkaitan Kabinet

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pertemuan Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin, mencetuskan spekulasi bahawa ia ada kaitan dengan pembentukan Kabinet baru.



Andaian itu dibuat berdasarkan foto yang diedarkan oleh Istana Negara, menunjukkan Datuk Anwar mengadakan pertemuan dengan Agong, dengan menyebut bahawa itu adalah pertemuan pertama dengan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, sejak beliau dilantik menjadi perdana menteri ke-10 - tetapi tiada butir-butir lanjut diberikan mengenai agenda pertemuan itu.



Sejak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Khamis lalu, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu masih belum mengumumkan Kabinet barunya, selain berulang kali menegaskan bahawa saiznya akan lebih kecil berbanding pentadbiran sebelum ini.



Datuk Anwar memberitahu media kelmarin, pengumuman akan dibuat "sesegera mungkin," namun menambah bahawa beliau perlu mendengar pandangan semua pihak "kerana kerajaan perpaduan melibatkan banyak pihak".



Sumber yang rapat dengan pejabat tertinggi parti yang menyokong kerajaan perpaduan mendakwa pengumuman itu mungkin dibuat seawal Rabu.



Bagaimanapun, Malaysiakini memetik seorang pembantu kepada Datuk Anwar sebagai berkata, spekulasi itu tidak benar dan beliau mengatakan pertemuan dengan Agong itu hanyalah formaliti selepas beberapa hari memegang jawatan.



Menurut pembantu itu, beliau akan tahu jika ada rancangan sedemikian kerana pegawai Datuk Anwar perlu membuat persiapan lebih awal.



Ketua Penerangan PKR, Encik Fahmi Fadzil, yang merupakan sebahagian daripada kepimpinan tertinggi parti itu, turut menafikan mempunyai maklumat mengenai Kabinet baru Datuk Anwar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >