PHOENIX: Dalam ucapan yang memperincikan dasarnya mengenai pendatang tanpa izin, calon presiden Republikan, Encik Donald Trump, menegaskan beliau akan membina sebuah tembok di sempadan Amerika Syarikat-Mexico bagi mencegah pendatang tanpa izin ke negara itu dan mewujudkan satu pasukan petugas yang akan memburu mereka agar meninggalkan Amerika.
"Kami akan membina sebuah tembok besar di sepanjang sempadan selatan!" Encik Trump memberitahu orang ramai yang bersorak di Phoenix.