Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertubuhan Miss Universe batalkan kontrak dengan penganjur Indonesia gara-gara dakwaan gangguan seksual

Aug 14, 2023 | 12:14 PM



JAKARTA: Pertubuhan Miss Universe berkata pada Sabtu, ia memutuskan hubungan dengan pemegang francais Indonesia dan membatalkan pertandingan ratu cantik Malaysia tahun ini, selepas peserta menuduh penganjur tempatan melakukan gangguan seksual.


Pertubuhan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan melalui e-mel pada Sabtu, ia telah memutuskan untuk membatalkan kontraknya dengan PT Capella Swastika Karya dan pengarah kebangsaannya, Cik Poppy Capella, yang juga memegang lesen untuk Miss Universe Malaysia.

Enam peserta Miss Universe Indonesia memfailkan aduan dengan polis, menuduh penganjur melakukan gangguan seksual, mengatakan mereka telah jalani “pemeriksaan badan” tanpa baju, kata peguam mereka pada Selasa lalu, lapor agensi berita Reuters.


“Adalah jelas bahawa francais ini tidak memenuhi standard jenama kami, etika atau jangkaan seperti yang digariskan dalam buku panduan francais dan kod kelakuan kami,” kata Pertubuhan Miss Universe, sambil menambah bahawa menyediakan tempat yang selamat untuk wanita adalah menjadi keutamaan.

Polis Jakarta tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan ulasan mereka pada Ahad.

Sementara jurucakap, Trunoyudo Wisnu Andiko berkata pada Selasa, laporan itu akan disiasat.

Cik Capella berkata dalam satu kenyataan di Instagram, beliau tidak membenarkan berlakunya sebarang bentuk gangguan seksual.

“Saya menegaskan bahawa saya sebagai pengarah kebangsaan dan pemilik lesen Miss Universe Indonesia tidak terlibat langsung dan tidak pernah mengetahui, mengarahkan, meminta atau membenarkan sesiapa sahaja yang memainkan peranan dan mengambil bahagian dalam proses penganjuran Miss Universe Indonesia 2023 untuk melakukan gangguan seksual melalui pemeriksaan badan seperti yang dilaporkan,” katanya.

Pertandingan Jakarta diadakan untuk memilih penyertaan Indonesia untuk pertandingan Miss Universe tahunan, yang akan diadakan di El Salvador akhir tahun ini.

Pertubuhan Miss Universe berkata ia sedang menilai dasar dan prosedurnya untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan, sambil menambah bahawa tidak ada ukuran atau dimensi tubuh yang diperlukan untuk menyertai pertandingan mereka di seluruh dunia.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Encik Sandiaga Uno, berkata beliau akan terus memantau dakwaan kes gangguan seksual di Miss Universe Indonesia.

Kementerian itu juga akan memastikan ia tidak menjejas kempen pelancongan negara.

Beliau mengerahkan pasukan untuk memantau, menyiasat, dan menyelia kes itu, “kerana kami menganggap duta pelancongan dan anggota [Miss Universe Indonesia] di seluruh nusantara menjadi sebahagian daripada kempen produk pelancongan dan ekonomi kreatif.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >