Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesaing Erdogan tuduh pemerintah Turkey sekat mesej teks

May 27, 2023 | 04:56 PM



ISTANBUL: Ketua pembangkang Turkey pada Jumaat telah menuduh pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan menyekat mesej teks beliau yang ditujukan kepada para pengundi menjelang pilihan raya penentuan bersejarah yang bakal berlangsung pada Ahad ini.


Encik Kemal Kilicdaroglu menuduh penguasa teknologi telekomunikasi dan maklumat (BTK) Turkey bahawa mereka bertindak atas arahan Encik Erdogan supaya menjejas kempennya.

“Mereka melarang kerana mereka takut dengan kami,” kata pemimpin pembangkang sekular itu dalam satu temu bual di televisyen pada lewat malam.

Secara berasingan, beliau menerusi ciapan di Twitter berkata beliau telah dibiarkan dalam ‘kegelapan’.

“Saya tanya anda, Erdogan, anda tidak mahu saya bertanding dalam pilihan raya?” tulisnya.

Pasukan kempen Encik Kilicdaroglu berkata ia sebelum itu telah menghantar mesej teks kepada orang ramai untuk mengundang mereka agar menonton wawancara ketua pembangkang itu di televisyen.

BTK tidak memberikan komen segera.

Dakwaan Encik Kilicdaroglu tiba di tahap akhir persaingan yang semakin sengit buat jawatan presiden Turkey.

Encik Erdogan tidak berjaya meraih kemenangan penuh pada 14 Mei tetapi bakal menyertai pilihan raya penentuan pada Ahad ini sebagai calon kegemaran ramai, untuk melanjutkan pemerintahannya selama dua dekad sehingga 2028.

Tinjauan pandangan menunjukkan bahawa Encik Kilicdaroglu berdepan dengan kesukaran untuk mendapat balik kekurangan lima mata yang dialaminya pada pusingan pertama.

Dua pesaing itu telah menjalankan kempen sepanjang masa dalam pilihan raya yang dipandang sebagai pilihan raya paling penting di Turkey sejak beberapa generasi yang lalu.

Encik Erdogan muncul dalam wawancara televisyen nasionalnya sendiri pada awal hari, yang berlangsung selama lebih sejam.

Menurut laporan sebelum ini, Encik Erdogan memperoleh 49.5 peratus undi dan Encik Kilicdaroglu memperoleh 44.9 peratus.

Sementara calon nasionalis, Encik Sinan Ogan, iaitu bekas ahli parti sayap kanan yang menjadi sekutu pemerintah, memenangi 5.2 peratus.

Sokongan beliau sama ada kepada Encik Erdogan atau Encik Kilicdaroglu boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya peringkat kedua. –Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >