KEROBOKAN (Bali): Pesalah dadah warga Australia, Schapelle Corby, dibebaskan daripada penjara pulau perangin itu semalam, setelah diberikan parol oleh pemerintah Indonesia.
Corby, 36 tahun, keluar dari penjara dengan wajah dilindungi daripada puluhan jurugambar yang cuba merakam dirinya setelah lebih sembilan tahun meringkuk dalam penjara, sebelum dibawa menaiki bas mini untuk menemui beberapa pegawai pemerintah.