Pesawat bajet tergelincir di landasan bila mendarat di Padang

JAKARTA: Sebuah pesawat Citilink tergelincir di landasan di barat Indonesia pada malam Ahad, menyebabkan tiga orang cedera dan lapangan terbang terpaksa ditutup, menurut pegawai kementerian pengangkutan dan media tempatan.

Jurucakap kementerian pengangkutan, Encik Julius Barata memberitahu Reuters bahawa pesawat Airbus A320 yang membawa 174 penumpang itu dalam penerbangannya dari Jakarta ke Padang ketika ia tergelincir di landasan sewaktu mendarat.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun