Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Petisyen dalam talian mahu calonkan PM Mahathir bagi Hadiah Nobel

May 27, 2018 | 03:22 PM



KUALA LUMPUR - Satu petisyen dalam talian mencalonkan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dipertimbangkan bagi Hadiah Nobel tahun ini telah menarik 13,500 tandatangan pada Ahad (27 Mei), hanya sehari selepas ia dilancarkan.



Petisyen yang dimulakan Cik Alexandria Abishegam mempunyai sasaran 15,000 tandatangan, menurut The Malay Mail Online.



Cik Abishegam berkata Dr Mahathir telah memberi inspirasi berjuta-juta pengundi  menggulingkan gabungan Barisan Nasional (BN) secara aman dan tidak ganas yang memerintah Malaysia selama enam dekad.



"Tun Dr Mahathir seolah-olah menjadi 'Nelson Mandela' Malaysia," menurut petisyen itu, merujuk kepada aktivis pejuang anti-Apartheid Afrika Selatan dan Pemenang Nobel yang merupakan presiden kulit hitam pertama negara itu.



"Menerajui peralihan kuasa secara aman dan kini secara khusus menyatakan bahawa pentadbiran baru tidak akan 'membalas dendam'. Kerana memberi kita -- berjuta-juta rakyat biasa -- harapan, keyakinan baru dan paling penting rasa 'bangga terhadap Malaysia kita," menurut petisyen yang dipetik kerana memilih Dr Mahathir untuk anugerah itu.



Petisyen itu meniru kejayaan kempen tandatangan yang menamakan aktivis kanak-kanak Pakistan Malala Yousafzai bagi hadiah 2012. Petisyen itu menarik hampir 300,000 tandatangan.



Cik Yousafzai dicalonkan pada 2013 dan mendapat anugerah itu pada  2014.



Dr Mahathir menerajui i Malaysia selama 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum kembali ke jawatan itu bulan lepas setelah mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk kemenangan BN dalam pilihan raya awal bulan ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >