Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'PH akan lantik 2, bukan 3 timbalan PM, jika menang'

Oct 25, 2022 | 07:03 AM



KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hanya akan melantik dua timbalan perdana menteri (TPM), dan bukannya tiga seperti yang dilaporkan media kelmarin, jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



Setiausaha akhbar parti itu, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menjelaskan bahawa presiden PKR itu berkata akan ada dua jawatan TPM - masing-masing satu dari Semenanjung Malaysia, dan Sabah dan Sarawak.



"Pendirian dan semangat ini konsisten sejak era Pakatan Rakyat hingga sekarang," ujarnya, lapor Astro Awani.



Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar yang juga Presiden PKR, berkata perkara itu telah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.



Sementara itu ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di Tawau hari ini, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenanginya pada PRU14 pada 2018 berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.



"Ahli Parlimen (calon) yang diangkat adalah berani berucap tegas, memperjuangkan nasib rakyat Sabah, dan syarat lain, mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri) termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >