Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PH dan BN dijangka bertemu hari ini

Nov 21, 2022 | 09:52 AM



KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka bertemu di Hotel Seri Pacific pagi ini (21 November).



Menurut sumber daripada PH dan BN, pemimpin itu dijadual bertemu pada 10 pagi, empat jam sebelum ketua gabungan parti politik harus memaklumkan mengenai gabungan parti politik yang telah dipersetujui serta mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara.



Namun, sumber itu enggan mendedahkan tujuan pertemuan itu.



Menurut sumber juga, parti komponen terbesar PH, Parti Tindakan Demokratik (DAP), bersetuju dengan langkah Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekerjasama dengan BN.



"Zahid (Pengerusi BN) tidak akan diberi jawatan kerajaan dan tiada campur tangan dengan kes mahkamahnya.



"Ini keputusan yang sukar tapi kami harus mengenali musuh yang lebih besar. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak boleh dibenarkan dalam kerajaan," ujar seorang anggota majlis pimpinan DAP.



Beberapa pemimpin kanan PH dan BN telah dilihat di Hotel Seri Pacific sejak 9.45 pagi termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; dan Presiden Amanah, Encik Mohamad Sabu.



Mengikut kiraan rasmi, PH bersama Muda memenangi 82 kerusi Parlimen manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi 73 kerusi Parlimen dan BN pula memenangi 30 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Semalam, kedua-dua pengerusi PH, Datuk Anwar, dan pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mereka yakin dapat bentuk kerajaan persekutuan.



Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, misalnya mengumumkan bahawa gabungan itu menyokong pembentukan kerajaan persekutuan baru dengan kerjasama PN, GPS, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



Namun malam tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN tidak pernah berunding dengan GPS untuk memberi persetujuan penubuhan kerajaan bersama PN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >