Topik diikuti
Pergi ke BHkuPiala Dunia dibuka penuh gah, warna-warni
Piala Dunia dibuka penuh gah, warna-warni
Piala Dunia dibuka penuh gah, warna-warni
MEXICO CITY: Mexico membuka tirai Piala Dunia pada 11 Jun di Stadium Azteca yang terkenal.
Ia dibuka dengan acara sambutan budaya pra-Hispanik yang penuh warna-warni, sementara stadium itu bergema dengan sorakan menjelang perlawanan pembukaan antara tuan rumah, Mexico, dengan Afrika Selatan.
Para penyokong dengan pakaian Mariachi, lengkap dengan trompet dan sombrero (sejenis topi Mexico) membentuk lautan sokongan berwarna hijau gelap serata stadium.
Suasana menjadi lebih gemuruh apabila penyanyi Shakira dan Burna Boy mempersembahkan lagu tema Piala Dunia 2026 dan pertunjukan bunga api menerangi stadium.
Namun, di luar kawasan stadium, kota yang mempunyai sembilan juta penduduk kekal berpecah-belah.
Menjelang kejohanan tersebut di Mexico, yang menjadi tuan rumah bersama dengan Amerika Syarikat dan Canada, ibu negara itu telah menyaksikan ketegangan sosial daripada beberapa pihak.
Pihak yang terlibat merupakan dalam kalangan golongan guru dan ahli keluarga kepada mangsa yang hilang sewaktu peperangan dadah.
Mereka telah mengadakan perarakan bagi memanfaatkan tumpuan antarabangsa demi memperjuangkan tuntutan mereka.
Sekurang-kurangnya enam protes telah dirancang pada 11 Jun, sekali gus mencetuskan suasana bercampur-baur, dengan sambutan pesta dan ketegangan bantahan.
Mural yang baru dicat, tren baharu dan stadium yang dinaik taraf menjadi sesuatu untuk mengalu-alukan pelancong sempena kejohanan tersebut.
Namun, ia menjadi suasana yang bertentangan apabila penghadang keluli dipasang oleh premis perniagaan untuk melindungi diri daripada perusuh di sepanjang jalan utama ibu negara itu.
Sekitar tiga batu dari Azteca, ribuan guru yang tidak berpuas hati dari seluruh negara mula berarak menuju stadium sebelum bermulanya perlawanan.
Khemah bantahan yang dipasang telah menyebabkan pihak berkuasa untuk menutup laluan masuk ke Dataran Zocalo sehari sebelum pembukaan kejohanan itu.
Tindakan tersebut turut dikhuatiri akan menutup peluang untuk para penyokong berkumpul di dataran itu bagi menonton siaran perlawanan melalui layar besar.
