Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pilihan raya gabenor Jakarta mungkin saksikan tandingan ulangan Anies, Ahok

Jul 26, 2024 | 12:11 PM
Pilihan raya 2024 bagi jawatan gabenor Jakarta mungkin menyaksikan pertandingan ulangan antara Encik Anies Baswedan (kiri) dengan Encik Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama (kanan), yang kalah pada 2017.
Pilihan raya 2024 bagi jawatan gabenor Jakarta mungkin menyaksikan pertandingan ulangan antara Encik Anies Baswedan (kiri) dengan Encik Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama (kanan), yang kalah pada 2017. - Foto fail

JAKARTA: Pertandingan semula antara dua mantan gabenor Jakarta – Encik Anies Baswedan dan Encik Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama – semakin menjadi kemungkinan, dengan kedua-duanya muncul paling popular dalam kalangan pengundi bagi pemilihan jawatan itu yang akan datang.

Dapatan tinjauan pendapat Indikator Politik Indonesia yang dikeluarkan pada 25 Julai menunjukkan Encik Anies dan Encik Ahok muncul sebagai dua daripada tiga calon teratas, dalam kalangan responden yang diminta menamakan tokoh yang akan mereka undi jika pilihan raya diadakan sekarang, lapor The Jakarta Post.

Encik Anies dan Encik Ahok bertanding dalam pilihan raya gabenor 2017, dengan Encik Anies memenangi pilihan raya itu, manakala Encik Ahok kemudiannya didapati bersalah atas tuduhan menghina agama dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Dalam pertanyaan terbuka dalam tinjauan Indikator Politik, Encik Anies muncul sebagai pendahulu dengan 39.7 peratus responden memihak kepadanya, diikuti Encik Ahok dengan 23.8 peratus.

Mengekori mereka ialah bekas gabenor Jawa Barat, Encik Ridwan Kamil, dengan 13.1 peratus.

Kedua-dua bekas gabenor Jakarta itu juga secara konsisten muncul sebagai dua pilihan teratas dalam kalangan responden merentasi pelbagai simulasi calon yang berbeza dalam tinjauan itu.

Indikator Politik meninjau 800 responden dalam usia layak mengundi di seluruh Jakarta dari 18 hingga 26 Jun, dan dapatan tinjauan itu mempunyai margin ralat 3.5 peratus, dengan tahap keyakinan 95 peratus.

Encik Anies, yang berkhidmat sebagai gabenor Jakarta dari 2017 hingga 2023, bagaimanapun, muncul unggul dalam simulasi antara beliau dengan Encik Ahok, dengan 52 peratus responden memihak kepadanya berbanding Encik Ahok, yang hanya menerima 42 peratus sokongan.

“Ahok tidak mempunyai daya tarikan yang cukup kuat untuk menarik penyokong Encik Ridwan dalam simulasi ini,” kata Pengarah Eksekutif Indikator Politik, Encik Burhanuddin Muhtadi.

Beliau menyatakan ini sebahagiannya disebabkan “beban sejarah” Encik Ahok yang tidak dapat menarik sokongan daripada kumpulan Islam konservatif di Jakarta”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg