Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya negeri dijangka Ogos: Ketua Menteri P. Pinang

Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan bakal adakan pilihan raya serentak
Jun 14, 2023 | 05:54 PM



GEORGE TOWN: Pilihan raya negeri (PRN) yang dinanti-nantikan di enam negeri di Malaysia mungkin berlangsung pada Ogos, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Chow Kon Yeow.


Beliau meramalkan ia boleh berlaku selewat-lewatnya minggu kedua Ogos, atau lima hingga enam minggu selepas cadangan pembubaran dewan undangan Pulau Pinang pada 28 Jun.

“Terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memilih tarikhnya. Ada kemungkinan ia akan diadakan pada Ogos,” katanya kepada The Star.


Encik Chow akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, pada 27 Jun untuk mendapatkan kebenaran membubarkan dewan undangan negeri (DUN) pada hari berikutnya.

Dilaporkan sebelum ini bahawa enam negeri, termasuk Pulau Pinang, telah mencapai persefahaman untuk membubarkan DUN masing-masing bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri serentak.

Dewan Undangan Negeri Selangor secara automatik tamat pada 25 Jun, diikuti Kelantan pada 27 Jun, Terengganu pada 30 Jun, Negeri Sembilan pada 1 Julai, Kedah pada 3 Julai, dan Pulau Pinang pada 2 Ogos.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Encik Mohd Amar Nik Abdullah, berkata negeri itu akan mengumumkan tarikh pembubaran DUN-nya pada Rabu, manakala Negeri Sembilan bersetuju untuk membubarkannya pada 30 Jun.

Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) menyatakan pilihan raya negeri mungkin diadakan pada pertengahan Ogos, selepas berakhirnya musim haji.

“Kami berharap ia akan jatuh pada hari Sabtu dan bukan hari bekerja, yang akan menyukarkan mereka yang terpaksa pulang untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi,” kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris.

Beliau menambah bahawa pertengahan Ogos adalah masa yang tepat untuk mengundi kerana jemaah yang menunaikan haji akan pulang ke tanah air pada masa itu.

Jemaah haji dijangka pulang pada awal Ogos.

Datuk Razali berkata Bersatu dan sekutunya telah menyediakan pekerja untuk pilihan raya.

“Kami tidak perlu bergantung kepada sukarelawan dan kami mempunyai ahli parti sendiri yang telah menjalani latihan untuk menjadi ejen pengundian dan pengiraan undi. Mereka sudah bersedia bersama jentera pilihan raya kita,” katanya lagi.

Penganalisis pilihan raya Dr G. Manimaran berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya menjelang pertengahan Ogos.

“Sekiranya DUN dibubarkan pada akhir Jun dan minggu pertama Julai, SPR memerlukan kira-kira empat hingga lima minggu untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya.

“Akhir minggu kedua bulan Ogos sepatutnya tempoh yang sesuai,” ujar beliau.

Tambahnya, petunjuk hari pengundian pertengahan Ogos dapat dilihat selepas SPR mengeluarkan pemberitahuan pengundian secara pos minggu lalu.

“Ini akan membuka jalan untuk hari mengundi menjelang pertengahan Ogos selepas penamaan calon dilakukan pada akhir Julai,” katanya.

Beliau menambah bahawa pengundian akan berakhir sebaik negara memulakan perayaan Hari Merdeka, yang biasanya pada pertengahan Ogos.

Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Azeem Fazwan Ahmad Farouk, berkata tarikh pengundian pada Ogos akan memberi kelebihan kepada kerajaan perpaduan dan pembangkang.

Tambahnya, kerajaan perpaduan boleh menggunakan semangat patriotisme dan cintakan negara untuk meraih sokongan pengundi pada bulan kemerdekaan. –The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >