COCONUT CREEK (Florida): Calon Presiden Demokrat, Cik Hillary Clinton, memberi amaran kepada penyokongnya supaya tidak mudah leka selepas tinjauan pendapat menunjukkan beliau jauh mendahului pencabarnya, Encik Donald Trump, menjelang pilihan raya 8 November ini.
Cik Clinton memberitahu pengundi di Florida, yang menjadi medan pertempuran utama, bahawa anggota Demokrat tidak seharusnya relaks.