Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya presiden Brazil bakal diputus dengan undian pusingan kedua

Oct 04, 2022 | 05:30 AM



SAO PAULO: Pilihan raya presiden Brazil akan diputuskan melalui undian pusingan kedua pada 30 Oktober ini antara presiden sayap kanan, Encik Jair Bolsonaro, dan pencabar berhaluan kiri, Encik Luiz Inacio Lula da Silva, menurut pihak berkuasa pilihan raya negara itu.



Dengan 97.3 peratus undi dikira, Encik da Silva meraih 47.9 peratus undi, berbanding 43.7 peratus buat Encik Bolsonaro, sekali gus menyebabkan undian pusingan kedua itu.



Hasil undian itu menyebabkan Encik da Silva tidak meraih majoriti mudah yang diperlukan untuk menang dan meletakkan kedua-dua calon itu menghadapi undian pusingan kedua dalam kempen pilihan raya yang memecahbelahkan rakyat negara itu.



Namun, keputusan itu masih meletakkan Encik da Silva, 76 tahun, dalam jangkauan bagi satu lagi tugas menerajui ekonomi terbesar Amerika Latin itu. Beliau adalah presiden Brazil dari 2003 hingga 2010.



Rakyat Brazil menghadapi harga barangan pengguna yang melonjak, dengan ekonomi baru sahaja keluar daripada kemerosotan ekonomi ekoran Covid-19 semasa tempoh Encik Bolsonaro.



Sebaliknya, Encik da Silva membangkitkan kenangan tentang kemakmuran masa lalu.



Tetapi ia adalah jurang undi yang agak rapat daripada yang Encik da Silva mahukan, dan memberi Encik Bolsonaro, 67 tahun, empat minggu untuk cuba membina momentum.



Kedua-dua calon berikrar mengekalkan dan meluaskan bantuan sosial untuk mengimbangi keperitan harga yang tinggi.



Persembahan Encik Bolsonaro yang lebih kukuh daripada jangkaan berkemungkinan memberi rangsangan kepada aset Brazil, yang menunjukkan prestasi kurang baik tatkala tinjauan menunjukkan Encik da Silva boleh menang secara langsung pada undian pusingan pertama kelmarin. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >