Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Kurang calon wanita bukan kerana dipinggir tapi...

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



MESIKPUN jumlah calon wanita yang akan bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih tinggi berbanding pada PRU14 , kumpulan hak wanita, aktivis dan pengundi berkata mereka kecewa jumlah ini tidak mencapai sasaran 30 peratus perwakilan wanita yang diharapkan.



Seramai 127 wanita akan bertanding dalam PRU15, atau sekitar 13 peratus daripada 945 calon yang telah dinamakan.



Ini berbanding 72 calon wanita pada PRU14 pada 2018.



Namun, beberapa pemimpin gabungan parti, termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menekankan jumlah wanita yang rendah bukan menunjukkan diskriminasi terhadap wanita, tetapi sekadar keputusan strategik untuk memenangi undi dan pilihan raya.



Sasaran 30 peratus perwakilan wanita ditetapkan sebelum Hari Penamaan Calon pada 5 November lalu dan ketua gabungan parti utama telah memberi komitmen untuk menamakan wanita sebagai calon di tempat-tempat yang ditandingi mereka.



Namun, pemerhati politik berkata realiti persaingan bagi merebut undi mungkin telah mendorong pemimpin parti membuat keputusan strategik yang tidak bertujuan meminggirkan wanita.



Pemerhati politik, Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata bagi parti politik, faktor merebut undi mengatasi faktor perwakilan jantina, atau wanita.



"Dalam situasi politik, perkara utama yang dipertimbangkan semasa pilihan raya tidak berkisar tentang jantina, asal etnik... sebaliknya, apa yang diutamakan adalah bagaimana hendak menang sesuatu kerusi.



"Itulah yang lebih dipentingkan" kata Dr Awang Azman, profesor Madya di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya.



"Tapi ini tidak bermakna wanita sengaja dipinggirkan.



"Sebaliknya, ia adalah soal siapa lebih popular dalam sesuatu kawasan.''



Menambah, Dr Awang Azman berkata walaupun kepimpinan parti politik bersedia menampillkan calon wanita, ada dalam kalangan pengundi dan anggota parti sendiri yang mungkin kurang selesa dengan calon wanita.



Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Ahmad Zahid, berkata gabungan parti itu kurang meletakkan calon wanita dalam PRU15 kerana ada bantahan daripada beberapa penyandang Parlimen.



Beliau berkata kepimpinan Umno dan BN cuba memenuhi permintaan menampilkan 30 peratus calon wanita, tetapi mempunyai cabaran lain.



"Kita cuba penuhi sedaya upaya namun dalam kita cuba penuhi ada bantahan kalangan pihak tertentu.



"Misalnya ada penyandang, calon lelaki misalnya, tidak mahu memberi laluan tersebut kerana masih mahu bertanding mengekalkan kuasa seperti di Padang Besar, Perlis," ujar Datuk Seri Ahmad Zahid.



Penyandang Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, antara menteri dan timbalan menteri yang digugurkan BN dalam PRU15.



Tempatnya digantikan oleh Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan.



Isu perwakilan wanita dalam PRU15 timbul selepas Hari Penamaan Calon minggu lalu apabila peratusan calon wanita yang ditampilkan lebih rendah daripada perwakilan 30 peratus yang telah dikatakan oleh beberapa parti politik sebelum ini.



Hanya 127 daripada 945 calon bagi kerusi parlimen di seluruh Malaysia adalah wanita.



Ini bermakna calon wanita hanya merangkumi 13 peratus daripada jumlah calon keseluruhan, lebih rendah daripada yang dijangka.



Dalam kenyataannya minggu lalu Jawatankuasa Pemantauan PRU15 (PantauPRU15) berkata ia kesal kerana kebanyakan parti politik gagal mengiktiraf wanita sebagai pemimpin dan ditampilkan sebagai calon bagi PRU15.



"Kami berpegang kepada harapan untuk memilih kerajaan yang boleh dipercayai dan akan melaksanakan komitmen kepada rakyat.



"Peningkatan ke atas calon wanita adalah tanggungjawab parti yang harus dilaksanakan. Kami menggesa parti politik supaya membuktikan mereka mengiktiraf dan menghormati pemimpin wanita," ujar PantauPRU15.



Pantau PRU15 ialah kumpulan khas yang ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) untuk memantau penglibatan wanita dalam PRU15.



Pensyarah kanan di Unit Kajian bagi Wanita dan Jantina di Universiti Sains Malaysia, Dr Zaireeni Azmi, berkata:



"Pilihan raya umum tahun ini bukan titik perubahan bagi wanita yang kami harapkan."



Memberi sudut pandangan yang berbeza, Dr Awang Azman berkata wanita telah menunjukkan keupayaan sebagai pemimpin dalam peranan lain pada PRU15.



"Peranan wanita juga boleh dilihat dari segi peranan sebagai juru kempen yang sangat berkesan, sebagai pemujuk (pengundi) yang begitu berjaya dan terbukti dalam sejarah PRU.''



Namun Dr Awang Azman akur wanita yang telah menunjukkan mereka berkeupayaan dalam peranan lain dalam parti, dan berkelayakan boleh diberi peluang untuk tampil sebagai calon politik.



Ini terutama bagi anggota parti yang telah memberi sokongan kepada calon lain dalam pilihan raya umum yang sudah.



"Mereka telah memainkan peranan sangat besar, sangat aktif untuk menyakinkan pengundi meyokong parti politik masing-masing, misalnya.



"Sudah tiba masanya parti-parti poliktik bertindak lebih peka dan memberi laluan kepada wanita sedemikian kerana mereka sudah begitu lama dalam politik, sudah tiba masanya... mereka diberi peluang untuk bertanding di masa depan."




 



YANG PENTING SIAPA LEBIH POPULAR



TIADA PERUBAHAN BAGI WANITA 



"Pilihan raya umum tahun ini bukan titik perubahan bagi wanita yang kami harapkan."



- Dr Zaireeni Azmi, Pensyarah kanan di Unit Kajian bagi Wanita dan Jantina di Universiti Sains Malaysia.



"Dalam situasi politik, perkara utama yang dipertimbangkan semasa pilihan raya tidak berkisar tentang jantina, asal etnik... sebaliknya, adalah bagaimana hendak menang sesuatu kerusi. Itulah yang lebih dipentingkan.



Tapi ini tidak bermakna wanita sengaja dipinggirkan. Sebaliknya, ia adalah soal siapa lebih popular dalam sesuatu kawasan.



- Dr Awang Azman, Profesor Madya di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >