Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya umum M'sia dijangka telan belanja $343 juta

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia akan datang akan menelan belanja lebih RM1 bilion ($343 juta) untuk diadakan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.



"Anggaran kos kira-kira RM1.1 bilion," kata beliau ketika dihubungi The Star.



Beliau berkata ini adalah lebih dua kali ganda daripada anggaran RM500 juta yang dibelanjakan untuk pilihan raya terakhir pada 2018, dan hampir tiga kali ganda daripada RM400 juta yang dibelanjakan untuk pilihan raya umum pada 2013.



Beliau berkata, kos yang lebih tinggi itu sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan tenaga kerja dan sumber lain yang diperlukan untuk menampung kumpulan pengundi yang lebih besar, selepas Malaysia menurunkan umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan melaksanakan sistem pendaftaran pemilih automatik. Perubahan ini telah beroperasi pada Disember 2021.



Lebih 21 juta pemilih berdaftar telah diwartakan setakat pertengahan Ogos. Pada 2018, bilangan pemilih berdaftar berjumlah kira-kira 14.9 juta.



Hasilnya, suruhanjaya itu memerlukan kira-kira 366,000 orang untuk mengendalikan pilihan raya, meningkat daripada 260,000 kakitangan yang bertugas pada pilihan raya lalu, kata Encik Abdul Ghani.



Dalam pada itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pilihan raya itu wajar dilaksanakan tahun hadapan berikutan ramalan banjir akhir tahun ini.



Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan menetapkan tarikh PRU pada masa sesuai dan tidak membebankan rakyat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >