SEYNE-LES-ALPES (Perancis): Laporan sebuah akhbar mendakwa rakaman suara pesawat malang Germanwings menunjukkan salah seorang juruterbang terkunci dari luar kokpit sebelum pesawat terhempas di Banjaran Alps.
Akhbar The New York Times memetik seorang penyiasat berkata, rakaman audio menunjukkan sebaik pesawat memulakan penerbangan, seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat memasukinya semula.