Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Anwar alu-alu resolusi badan dunia menentang pembakaran Al-Quran di Sweden

Jul 21, 2023 | 06:20 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) minggu lalu, berikutan insiden pembakaran Al-Quran di luar masjid pusat Stockholm semasa sambutan Aidiladha.


UNHRC menerima pakai resolusi mengenai “menentang kebencian agama yang membentuk hasutan kepada diskriminasi, permusuhan atau keganasan” pada 12 Julai.

Antara 47 negara anggota majlis itu, 28 mengundi menyokong resolusi tersebut termasuk Malaysia, 12 menentang manakala tujuh berkecuali.

Datuk Anwar berkata adalah malang bagi setiap langkah progresif yang diambil terhadap Islamophobia, api kebencian menyala di kalangan mereka yang menyembunyikan perbuatan keji mereka di sebalik topeng kebebasan bersuara, seperti yang ditunjukkan oleh negara anggota yang tidak bersetuju.

“Islamofobia adalah racun yang mengancam negara-negara Barat, sama seperti ia mengancam umat Islam di mana-mana negara yang mereka tinggal. Ia adalah (bentuk) percanggahan, di samping semua yang tidak logik seperti kebencian dan xenofobia terhadap matlamat masyarakat manusia bersama kita.

“Kita tidak boleh selesaikan isu ini dengan membakar dan mencemarkan kitab suci masing-masing, tetapi dengan membacanya dan menyertai dialog,” katanya.

Walaupun UNHRC telah berani menentang kebencian ini, Datuk Anwar berharap pihak yang menentang langkah itu renungkan pilihan mereka, dan melakukan apa yang termampu dalam kuasa mereka untuk memastikan tindakan dan kata-kata mereka tidak menyebabkan keburukan, ketidakadilan terhadap hak manusia yang dipertahankan.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sweden kerana mengambil pendirian tegas menentang Islamofobia dan tidak sabar-sabar untuk melihat polis Sweden mengulangi pendirian ini semasa mereka menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata kesan mudarat dan kesakitan yang disebabkan oleh perbuatan segelintir orang hanya boleh diimbangi oleh anggota masyarakat yang lain, supaya teguh berdiri bersama, dan memilih untuk menghormati seseorang yang lain, untuk mengambil berat dan menunjukkan belas kasihan, dan untuk mencari titik pemahaman. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >