DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Cik Sheikh Hasina, telah mengecam pelarian ekonomi negara itu selepas ramai di kalangan mereka terdampar di laut.
Beliau menyifatkan mereka sebagai "pesakit mental" yang menjejas imej negara. "Pekerjaan di negara ini mencukupi untuk mereka tetapi mereka memilih meninggalkan negara ini dengan cara yang amat berbahaya," kata Cik Sheikh Hasina yang dipetik akhbar milik pemerintah, Sangbad Sangstha.