Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Canada dijangka umum peletakan jawatan seawal 6 Jan

Jan 6, 2025 | 12:44 PM
Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, dijangka mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Parti Liberal seawal 6 Januari.
Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, dijangka mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Parti Liberal seawal 6 Januari. - Foto REUTERS

OTTAWA (Canada): Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, dijangka mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Parti Liberal seawal 6 Januari, lapor akhbar Canada, The Globe and Mail, pada 5 Januari.

Laporan itu, yang memetik tiga sumber, menyatakan bahawa keputusan rasmi dijangka dibuat sebelum mesyuarat penting kaukus nasional pada 8 Januari kerana beliau menghadapi perbezaan pendapat yang semakin meningkat dalam Parti Liberalnya.

Bagaimanapun, sumber tersebut tidak dapat mengesahkan tarikh tepat pengumuman itu.

Pejabat Perdana Menteri juga tidak memberikan sebarang komen ketika dihubungi di luar waktu pejabat.

Menurut laporan itu, tidak jelas sama ada Encik Trudeau akan meninggalkan jawatan secara serta-merta atau kekal sebagai perdana menteri sehingga pemimpin baru dipilih.

Encik Trudeau mula memimpin Parti Liberal pada 2013 ketika parti itu berada dalam keadaan buruk setelah jatuh ke tempat ketiga di Dewan Rakyat untuk kali pertama dalam sejarahnya.

Di bawah kepimpinannya, parti itu berjaya bangkit dan meraih kemenangan besar pada pilihan raya 2015.

Encik Trudeau mengambil alih kepimpinan pada 2015, menerajui parti Liberal yang memenangi dua lagi pilihan raya pada 2019 dan 2021.

Bagaimanapun kedudukannya kini agak rapat dengan pesaing utamanya, pemimpin Konservatif, Encik Pierre Poilievre, dengan 20 mata dalam tinjauan pendapat umum.

Namun, peletakan jawatan Encik Trudeau berpotensi meninggalkan Parti Liberal tanpa ketua tetap ketika tinjauan pendapat menunjukkan parti itu mungkin kalah teruk kepada Parti Konservatif dalam pilihan raya yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada Oktober 2025.

Sumber menyebut bahawa Encik Trudeau telah berbincang dengan Menteri Kewangan, Encik Dominic LeBlanc, sama ada beliau bersedia untuk mengambil alih sebagai pemimpin sementara dan perdana menteri.

Khabar angin tentang peletakan jawatan Encik Trudeau juga boleh mencetuskan desakan pilihan raya awal bagi memastikan pemerintah baru dapat menghadapi cabaran pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Encik Donald Trump, bagi tempoh empat tahun akan datang. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg