Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Jepun Kishida azam pertingkat gaji, imbangi inflasi, tumbuhkan ekonomi

Jun 22, 2023 | 12:24 PM
JAGA KESEJAHTERAAN PEKERJA: Perdana Menteri Jepun akan melakukan yang terbaik untuk pastikan gaji para pekerja meningkat.
JAGA KESEJAHTERAAN PEKERJA: Perdana Menteri Jepun akan melakukan yang terbaik untuk pastikan gaji para pekerja meningkat. - Foto EPA-EFE

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata pada Rabu bahawa kerajaannya akan menggerakkan semua dasar yang ada untuk memastikan para pekerja menikmati pertumbuhan gaji bagi mengimbangi inflasi dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

“Terdapat tanda-tanda pemulihan (ekonomi) seperti harga saham pada paras tertinggi dalam tempoh 33 tahun.

“Pertumbuhan gaji juga mencecah paras tertinggi 30 tahun iaitu melebihi 3 peratus dan pelaburan domestik mencecah 100 trilion yen ($946 bilion). Pergerakan positif muncul dalam ekonomi Jepun,” kata Encik Kishida dalam sidang akhbar menandakan berakhirnya sesi Parlimen.

Katanya, kerajaan akan mewujudkan pakej pelaburan baru untuk sektor semikonduktor, tenaga dan sebagainya.

Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk menyusun belanjawan tambahan untuk menganjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, beliau menyatakan pihaknya “tidak mempertimbangkan belanjawan tambahan sekarang”.

Bagaimanapun, Encik Kishida berkata beliau akan memutuskan sama ada sebarang perbelanjaan tambahan akan diperlukan dengan mengambil kira kesan langkah yang diambil setakat ini dan trend dalam pasaran tenaga global.

Menurutnya, belanjawan tambahan pada tahun-tahun sebelum ini, sebahagiannya bertujuan memberikan subsidi bagi mengurangkan kesan daripada kos bahan api import yang tinggi dan nilai yen yang lemah.

Pada sidang akhbar yang sama, Encik Kishida berkata tiada apa yang diputuskan mengenai potensi lawatannya ke China.

Beliau berasakan pertemuannya dengan pemimpin China Xi Jinping dalam 2022 memberi momentum kepada hubungan positif. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg