Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan bantuan marah AS lulus bom kelompok untuk Ukraine

Jul 08, 2023 | 03:02 PM



PARIS: Pertubuhan kemanusiaan pada Jumaat mengecam rancangan Amerika Syarikat membekalkan peluru berangka yang kontroversial ke Ukraine sambil menyifatkannya sebagai membawa bahaya berpanjangan.


Ini kerana keupayaan senjata berkenaan untuk meninggalkan bom yang tidak meledak.

“Ini adalah hukuman mati kepada orang awam dalam jangka panjang. Ada orang yang belum dilahirkan akan menjadi mangsa bom berkelompok,” kata Encik Baptiste Chapuis dari badan bukan pemerintah, Handicap International – Humanity and Inclusion (HI).

Beberapa hari sebelum sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di ibu kota Lithuania, Vilnius, minggu depan.

Langkah Amerika itu dilakukan ketika sekutunya meminta bantuan lanjut untuk diberi kepada Kyiv kerana serangan balasnya terhadap penceroboh Russia lambat menampakkan kemajuan besar.

Apabila ia meletup, bom kelompok menyebarkan puluhan bom kecil ke atas kawasan sebesar beberapa padang bola sepak, dengan sejumlah besar bom itu tertimbus ke dalam tanah dan bukannya meledak.

Justeru itu, senjata-senjata tersebut meninggalkan medan besar periuk api yang direka khas untuk meledak dengan kehadiran manusia yang menghampirinya.

Ini mendorong wujudnya kecaman tanpa henti walaupun sebelum utusan bantuan Amerika disahkan.

Rancangan Amerika memindahkan peluru berangkai ke Ukraine adalah langkah mundur, yang menjejas kemajuan besar yang dibuat oleh masyarakat antarabangsa dalam percubaan melindungi orang awam daripada bahaya seperti itu, kata penyelidik Amnesty International, Encik Patrick Wilcken, dalam satu kenyataan kumpulan bantuan itu.

Beliau menggesa Amerika untuk mempertimbangkan semula rancangannya.

Dalam istilah ketenteraan, bom gugusan membenarkan pihak yang berperang untuk menyerang pembentukan musuh yang besar dengan satu pukulan.

Ia menolak penggunaan landasan lapangan terbang atau menghentikan kemaraan musuh dengan periuk api yang disebar meluas. Namun, ia tidak membezakan antara orang awam dengan anggota tentera.

Antara 5 dengan 40 peratus bom tidak meledak apabila terkena impak dan kekal di medan perang selama beberapa dekad.

Di sebalik bahaya fizikal serta-merta yang ditimbulkan kepada orang awam, “terdapat juga persoalan akses fizikal ke kawasan yang terjejas untuk pertubuhan kemanusiaan,” jelas Encik Chapuis kepada agensi berita AFP.


Penggunaan bom boleh “menghalang talian hayat menjangkau jumlah penduduk yang terjejas,” katanya.

Secara keseluruhan, 123 negara telah menandatangani Sidang Oslo 2008 yang melarang pengeluaran, penyimpanan, penjualan dan penggunaan peluru berangkai.

Yang tidak tergolong dalam golongan penandatangan utama termasuk China, Iran, Israel, Russia dan Amerika.

Orang awam membentuk 97 peratus daripada golongan yang terbunuh atau cedera akibat bom berkelompok.

Dua pertiga daripada mangsa tersebut adalah kanak-kanak, mengikut data umur tersedia.

Di seluruh dunia pula, 29 negara atau wilayah diketahui atau dipercayai masih dilombong dengan bom yang tidak diletupkan.

Ia termasuk 10 penandatangan Konvensyen Oslo yang dikehendaki oleh ketetapan untuk menyahlombong kawasan terjejas. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >