Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee kirim takziah kepada PM India, Modi, susuli nahas kereta api

Jun 4, 2023 | 2:00 PM
NAHAS NGERI: Dua kereta api penumpang yang bergerak laju tergelincir dari landasan dan merempuh kereta api barangan.
NAHAS NGERI: Dua kereta api penumpang yang bergerak laju tergelincir dari landasan dan merempuh kereta api barangan. - Foto REUTERS

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengutus kawat takziah kepada Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, di atas nahas kereta api di Odisha yang mengorbankan 288 nyawa pada Jumaat.

Dalam kejadian yang turut mencederakan 700 penumpang, dua kereta api penumpang yang bergerak laju didapati tergelincir dari landasan setelah merempuh kereta api barangan yang tidak bergerak di situ. Dalam kalangan 700 penumpang yang cedera, 56 individu dikatakan mengalami kecederaan serius.

Dalam surat yang disampaikan menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad, Encik Lee memberitahu Encik Modi bahawa beliau menyampaikan sedalam-dalam takziah buat Encik Modi dan keluarga yang terjejas oleh nahas itu bagi pihak pemerintah Singapura.

“Dengan penuh rasa sedih, saya mendapat tahu tentang kereta api yang tergelincir di Balasore, Odisha, pada 2 Jun,” kata Encik Lee.

MFA berkata bahawa Konsulat Jeneral di Mumbai kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai situasi itu tetapi tiada laporan warga Singapura terlibat dalam rempuhan tersebut.

Warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Singapura di Mumbai pada talian +91 82910 32836 atau Pejabat Petugas di talian +65 6379 8800.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg