Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM LEE: PM New Zealand Jacinda Ardern 'kawan setia' S'pura

Jan 19, 2023 | 08:57 PM



PERDANA Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, melahirkan rasa terkejut mengenai pengunduran Cik Jacinda Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand.



Menyifatkan beliau sebagai “kawan setia” Singapura, Encik Lee berkata kededua negara telah meningkatkan hubungan cemerlang semasa lawatan rasmi pertamanya pada 2019 dengan penubuhan Usaha Sama Dipertingkatkan SG-NZ.


“Kami tidak bertemu secara bersemuka selama dua tahun selepas itu kerana pandemik, tetapi April lalu, setelah sempadan dibuka, beliau melawat kami dan kami mengembangkan EP untuk menyertakan kerjasama dalam perubahan iklim dan ekonomi hijau,’’ kata PM Lee dalam satu catatan di Facebook pada Khamis (19 Jan).


Encik Lee menyatakan Cik Ardern telah menunjukkan dedikasi dan kepimpinan yang besar.


“PM Ardern dan saya sentiasa berhubung semasa pandemik untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan, dan memastikan talian bekalan terus terbuka antara negara kita.


“Saya berterima kasih kepada PM Ardern atas perkongsian kukuh, sokongan dan jenakanya yang baik. Beliau adalah inspirasi kepada ramai orang, dan saya mengucapkan yang terbaik untuknya dan keluarganya!’’ kata Encik Lee.


Cik Jacinda mengumumkan pada Khamis bahawa beliau ingin mengundurkan diri.


Sambil menahan sebak semasa membuat pengisytiharan, ahli politik berusia 42 tahun itu berkata beliau hampir tiada apa-apa lagi “dalam tangki” dan sudah tiba masanya untuk berundur selepas lima setengah tahun yang mencabar memegang jawatan.


“Ahli politik adalah manusia,” katanya. “Kami memberikan semua yang kami mampu, selagi kami mampu, dan kemudian tiba masanya. Dan bagi saya, sudah tiba masanya,’’ katanya.


Beliau “sudah tidak larat” untuk memimpin negara dan akan berundur selewat-lewatnya Februari ini, dan tidak mahu dipilih semula.


Cik Ardern berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Napier, semasa Parti Buruh pimpinannya sedang mengadakan mesyuarat tahunan.


Cik Ardern menambah, beliau berundur bukan kerana tugas itu sukar, tetapi kerana beliau percaya ada orang lain yang dapat melakukannya dengan lebih baik lagi.


Beliau telah memberitahu anak perempuannya, Neve, yang beliau akan berada di sisinya apabila dia mula bersekolah tahun ini, dan turut memberitahu rakan hidupnya, Encik Clarke Gayford, sudah tiba masanya untuk mereka berkahwin.


Beliau belum membuat sebarang rancangan yang pasti tentang apa yang akan dilakukannya pada masa depan kecuali untuk bersama keluarga.


Parti Buruh yang memerintah New Zealand, akan memilih seorang pemimpin baru dalam pengundian pada Ahad ini.


Penggal jawatan Cik Ardern selaku perdana menteri akan berakhir hingga 7 Februari ini dan satu pilihan raya umum akan diadakan pada 14 Oktober.


Cik Ardern berkata, beliau percaya Parti Buruh akan menang dalam pilihan raya itu nanti.


Cik Ardern menjadi wanita paling muda di dunia yang menerajui sebuah negara, apabila beliau dipilih menjadi perdana menteri New Zealand pada 2017 semasa berusia 37 tahun.


Beliau telah memimpin negara itu melalui tempoh pandemik koronavirus dan bencana besar pada 2019 apabila berlaku serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >